• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mengancam bekas Miss Universe di media sosial, pengintai maya didenda RM1,200

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:31 am
  • 23/01/2021
  • Komen
Mengancam bekas Miss Universe di media sosial, pengintai maya didenda RM1,200
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas Miss Universe Malaysia, Sabrina Beneett mendakwa di media sosialnya, bahawa dirinya dipantau dan diikuti oleh seseorang yang menggunakan beberapa akaun media sosial palsu untuk mengancam dirinya, termasuklah menghina kesopanannya.

Menurutnya, walaupun dia tidak berkongsi lokasi di media sosial apabila dia keluar, namun individu misteri itu boleh menamakan tempat-tempat yang dia kunjungi. Akibat daripada perkara tersebut, Sabrina Beneett berasa tidak selamat dan terancam dengan gangguan yang dialami.



Pesalah ditemui dan dihukum

Baru-baru ini, seorang penganggur lelaki berusia 33 tahun didakwa oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur kerana menghina bekas Miss Universe itu.

Undang-undang yang disabitkan ini adalah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, mana-mana individu yang menghina kesopanan wanita dengan kata-kata, melalui suara, isyarat atau menunjukkan objek dengan sengaja, akan dihukum untuk penjara sehingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.



Walaupun begitu, Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar memberitahu bahawa pesalah itu mengaku bersalah di mahkamah Majistret Jalan Duta dan dia sudah membayar denda RM1,200 di tempat kejadian.

Sabrina Beneett kecewa dengan hukuman pesalah

Sabrina Beneett melalui media sosialnya menggambarkan seolah-olah dirinya berasa kecewa dengan hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Setelah 8 tahun diganggu, dia merasakan itu bukanlah keadilan buat dirinya, kerana pesalah hanya dikenakan denda bayaran wang ringgit sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Sabrina Beneett (@sabby_bee)

Apa yang dapat dituntaskan di sini ialah, sekiranya seorang wanita di hina dengan sengaja melalui apa bentuk sekalipun, ada hukuman yang akan dikenakan kepada suspek.

Namun begitu, sekiranya mangsa di intip (stalk), tiada undang-undang yang akan mendakwa perbuatan itu. Justeru, bagi mengelakkannya, adalah lebih baik pengguna media sosial menetapkan privasi pada setiap akaun supaya dapat menapis sesiapa sahaja yang ingin berhubung dengan anda.

[Sumber: Malaymail]

Tags: Miss Universe MalaysiaSabrina Beneett
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

Realme C85 5G kini boleh didapati di Malaysia, telefon kalis air “IP69 Pro” & bateri 7,000mAh

10 December 2025
Mengancam bekas Miss Universe di media sosial, pengintai maya didenda RM1,200

Mengancam bekas Miss Universe di media sosial, pengintai maya didenda RM1,200

23 January 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?

JPJePlate: Adakah bendera Malaysia pada plat EV tidak cukup jalur?

12 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER