• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate X2 akan dilancar dengan cara lipat skrin berbeza

  • OLEH Najib
  • 12:00 pm
  • 05/02/2021
  • Komen
Huawei Mate X2 akan dilancar dengan cara lipat skrin berbeza
Share on FacebookShare on Twitter

Sekatan Amerika Syarikat tidak menghalang Huawei untuk terus menghasilkan inovasi telefon pintar. Mereka kini dilaporkan akan melancarkan model baharu telefon pintar dengan skrin boleh lipat, Mate X2 tidak lama lagi.

Menerusi laman weibo rasmi Huawei, mereka telah berkongsi poster pelancaran Huawei Mate X2. Acara pelancaran ini akan diadakan pada 22 Februari 2021, pastinya di China.



Huawei masih belum berkongsi sebarang maklumat teknikal mengenai telefon ini, tetapi sedikit petunjuk boleh diambil dari gambar poster. Ia menunjukkan Mate X2 akan menggunakan skrin dalam boleh lipat seperti Samsung Galaxy Z Fold 2 dan tambahan skrin luar. Ia berbeza dengan Mate X yang memiliki skrin luar boleh lipat.

  • Samsung Galaxy Z Fold 2
  • Huawei Mate Xs

Bagaimanapun, sudah terdapat ura-ura tentang spesifikasi telefon ini. Ia dikatakan akan mendapatkan skrin daripada pengeluar seperti Samsung dan BOE. Skrin lipat ini memiliki keluasan sebesar 8.01-inci 2480×2200, dan kadar penyegaran 120Hz. Skrin ini bukan dari jenis Ultra Thin Glass (kaca nipis ultra) tetapi menggunakan plastik CPI tahan calar. Manakala skrin kedua di luar pula berukuran 6.45-inci dengan resolusi 2700×1160.



Akan terdapat empat kamera dilengkapi pada Mate X2 iaitu kamera 50MP+16MP+12MP+8MP, di mana salah satunya adalah kamera periskop dengan zum hibrid 10x.

Selain itu, Mate X2 akan dipasang bateri sebesar 4,400mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Kuasanya pula akan digerakkan oleh cip terbaik Huawei, Kirin 9000 5nm.

[Sumber: GSMarena, Huawei]

Tags: Huawei Mate X2
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Mate X2 akan dilancar dengan cara lipat skrin berbeza

Huawei Mate X2 akan dilancar dengan cara lipat skrin berbeza

5 February 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN