• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan produk terpakai Apple, Samsung dan banyak lagi di Urban Republic

  • OLEH Najib
  • 12:16 pm
  • 15/02/2021
  • Komen
Jualan produk terpakai Apple, Samsung dan banyak lagi di Urban Republic
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mencari produk Apple pada harga yang lebih murah dari biasa, anda boleh cuba melawat ke Urban Republic, salah satu pengedar produk barangan teknologi di Malaysia. Mereka kini mengadakan jualan produk terpakai yang digunakan sebagai demo, pada harga yang lebih murah dari harga asal.

Sebelum membelinya, pengguna harus tahu bahawa semua produk demo ini telah digunakan beberapa kali dan tidak ada jaminan lagi. Beberapa kecacatan luar seperti calar, kemik dan perubahan warna juga mungkin ada. Malah, aksesori di dalam kotak juga mungkin tidak lengkap.



Setiap pembelian adalah muktamad dan tiada pemulangan wang akan diberikan. Setiap produk yang dijual bergantung kepada stok tersedia dan diberikan kepada pembeli terawal. Semua jualan dibuat secara dalam talian sahaja, menerusi laman web Urban Republic.

Jika anda bersetuju dengan perkara di atas, maka anda boleh melihat senarai beberapa produk yang ditawarkan dengan harga murah:



  • iPad Pro 12.9″ Wifi 64GB (2018) – RM2,500
  • MacBook Air 13″ 10th Gen Core-i3 256GB – RM3,500
  • MacBook Air 13″ 8th Gen Core-i5 128GB (2019) – RM2,700
  • MacBook Pro Touch Bar 8th Gen Core-i5 128GB (2019) – RM3,500
  • MacBook Pro Touch Bar 8th Gen Core-i5 256GB – RM4,600
  • iMac 21.5″ 4K Retina Display 8th Gen Core-i3 1TB (2019) – RM4,000
  • iPhone 11 Pro 64GB – RM2,700
  • iPhone 11 Pro Max 64GB – RM3,000

Selain produk Apple, Urban republic turut menjual telefon pintar terpakai jenama lain seperti Honor, Samsung dan Huawei. Antaranya ialah:

  • Honor View 20 (6+128GB) – RM700
  • Honor View 20 (8+256GB) – RM1,000
  • Huawei Mate 30 Pro – RM1,700
  • Huawei Nova 5T – RM800
  • Xiaomi Mi Note 10 (6+128) – RM1,100
  • Xiaomi Mi Note 10 Pro – RM1,200
  • Samsung Galaxy A70 – RM700
  • Samsung Galaxy A71 – RM1,000
  • Samsung Galaxy A80 (8+128GB) – RM1,000
  • Samsung Galaxy Note 10 256GB – RM2,000
  • Samsung Galaxy S10 – RM1,500
  • Samsung Galaxy S10+ – RM1,900
  • Samsung Galaxy S20 – RM2,200
  • Samsung Galaxy S20+ – RM2,400
  • Samsung Galaxy S20 Ultra – RM2,800
  • Vivo V19 – RM900

Senarai penuh produk demo yang dijual Urban Repbulic, boleh disemak di sini.

[Sumber: Urban Republic]

Tags: Urban Republic
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Jualan produk terpakai Apple, Samsung dan banyak lagi di Urban Republic

Jualan produk terpakai Apple, Samsung dan banyak lagi di Urban Republic

15 February 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN