• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2 langkah Nvidia ambil untuk rencat kegilaan melombong kriptowang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:39 pm
  • 19/02/2021
  • Komen
2 langkah Nvidia ambil untuk rencat kegilaan melombong kriptowang
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kegilaan pasaran kriptowang masa ini, pasaran unit pemproses grafik (GPU) kembali gila juga. Ketandusan kad grafik terutamanya siri RTX 30 akibat dibolot pelombong kriptowang ini mencetuskan masalah dalam kalangan pengguna biasa yang benar-benar ingin gunakan GPU untuk tujuan sebenar GPU dihasilkan, bermain permainan video.

RTX 3090 jadi rebutan kerana mampu melombong kriptowang dengan sangat cekap

Di pihak Nvidia, saya nampak ia bukanlah satu masalah besar kerana mereka tetap beroleh hasil jualan, tak kiralah kepada siapa GPU itu pergi. Namun, untuk jangka masa panjang, ia merisikokan pegangan pasaran Nvidia sekarang dan kepada siapa lagi ia akan pergi? Tentu sekali AMD.



Bila dah gelabah, barula Nvidia mengambil dua langkah cemas ini iaitu:

  1. Merencatkan keupayaan GPU melombong kriptowang
  2. Mengumumkan GPU khas untuk melombong

Nvidia merencatkan keupayaan GPU dengan cara memasang driver khas pada kad-kad yang baru keluar kilang. Ia menjadikan prestasi melombong pada kad terutamanya RTX 30 diturunkan kepada separuh.



Sebagai rujukan, prestasi melombong kriptowang menggunakan kad siri RTX 30 dengan driver lama adalah seperti berikut:

  • RTX 3090 – 121MH/s
  • RTX 3080 – 98MH/s
  • RTX 3070 – 92MH/s
  • RTX 3060 Ti – 60MH/s

Walau bagaimanapun, inisiatif driver baru ini tidak mencakupi kad yang sudah berada dalam pasaran. Lebih parah, inisiatif ini dilihat sebagai satu tindakan yang amat lemah kerana implementasi melalui driver sangat mudah dipatahkan kerana sejurus ada pihak ketiga yang berjaya menyahkod driver ini untuk bawa prestasi RTX 30 ke prestasi sebenarnya, maka langkah Nvidia ini tentu sekali jadi sia-sia.

Radeon telah lama lakukannya, GPU tanpa HDMI

Kemudian, untuk terus menarik minat pelombong kriptowang jauh daripada GPU pengguna biasa, mereka perkenalkan pula kad khas untuk melombong iaitu:

  • 90HX – 96MH/s
  • 50HX – 45MH/s
  • 40HX – 36MH/s
  • 30HX – 26MH/s

Inisiatif ini dilihat lebih berkesan kerana kad jenis ini tiada miliki HDMI bila dijual lebih murah, sudah tentu ia menarik minat para pelombong. Namun, ia tetap tidak menghalang pelombong untuk mendapatkan GPU edisi gaming sekiranya GPU khas untuk melombong ini tidak sebaik RTX 30 daripada memberikan MH/s yang sepatutnya.

Sumber: AnandTech, Nvidia

Tags: 30hx40hx50hx90hxkriptowangNvidiartx 30rtx 3060 tirtx 3080rtx 3090
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

2 langkah Nvidia ambil untuk rencat kegilaan melombong kriptowang

2 langkah Nvidia ambil untuk rencat kegilaan melombong kriptowang

19 February 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER