• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemaskini One UI 3.1 beri kehebatan kamera Galaxy S21 kepada Galaxy S20, Note 20 dan Galaxy Z

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 19/02/2021
  • Komen
5 benda yang anda perlu cuba bila anda dapat tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna telefon pintar Samsung siri Galaxy S21, Galaxy Note 20 dan Galaxy Z, tidak lama lagi akan menerima kemaskini sistem operasi One UI 3.1 yang memberikan fungsi hebat kamera di siri Galaxy S21. Ia membolehkan ubahsuai gambar dan video di telefon pintar, menjadi lebih mudah dan menarik menggunakan ciri-ciri pintar.

Menurut Presiden & Ketua Perniagaan Komunikasi Mudahalih Samsung, TM Roh, Samsung komited untuk memberikan pengalaman terkini peranti sepanjang jangka hayatnya. Selepas mengumumkan 3 generasi kemaskini OS di peranti Galaxy terpilih, Samsung memastikan ciri-ciri baharu disediakan sepantas mungkin. Kemaskini One UI 3.1 menandakan langkah penting dalam misi ini.



TM Roh

Berikut adalah ciri-ciri baharu yang akan terdapat di dalam kemaskini One UI 3.1 yang bakal dinikmati siri Galaxy S21, Galaxy Note 20 dan Galaxy Z.

1. Single Take Video

Mengambil gambar yang baik dan menarik sangat mudah dengan Single Take. Kini ia dipertingkat dengan lebih banyak rakaman video menggunakan pelbagai lensa.



  • Single Take
  • Object Eraser

2. Object Eraser

Gambar yang ditangkap boleh diubahsuai dengan membuang beberapa bahagian di dalam gambar menggunakan Object Eraser. Ia boleh dilakukan dengan mudah dan pantas.

3. Kawalan fokus dan pendedahan

Kemaskini One UI 3.1 menjadikan kawalan fokus dan pendedahan lebih mudah. Selepas mengambil gambar, hanya sapu ke kiri atau kanan untuk mengubah tahap kecerahan gambar.

  • Kawalan pendedahan
  • Rakaman audio berbilang saluran

4. Rakaman audio berbilang saluran

Dengan fungsi Multi Mic Recording di One UI 3.1, pengguna boleh menggabungkan pelbagai saluran sebagai sumber audio. Hidupkan mod Pro Video kemudian audio boleh dirakam melalui telefon dan fon telinga bluetooth seperti Galaxy Buds Pro serentak. Jadi anda boleh meletakkan telefon di tripod dan duduk jauh darinya, sambil merakam suara anda dan bunyi sekeliling di telefon tersebut.

5. Kawalan cahaya biru skrin

Selain kamera, melihat skrin juga penting untuk pengguna. One UI 3.1 akan menambah mod Eye Comfort Shield yang mengubah tetapan tahap cahaya biru secara automatik sepanjang masa. Warna suam boleh membantu tidur lebih lena di waktu malam, manakala tahap lain boleh membantu mata untuk meliaht lebih jelas bergantung kepada suasana sekeliling.

  • Eye Comfort Shield
  • Buang lokasi di meta

6. Membuang data meta

Berkongsi gambar sudah menjadi norma masakini, tetapi tidak semua data ingin dikongsi. Pengguna One UI 3.1 akan diberi pilihan untuk membuang lokasi gambar semasa berkongsi, untuk kawalan privasi.


Samsung juga merancang untuk menyediakan kemaskini One UI 3.1 kepada peranti lain seperti siri Galaxy S10, Galaxy Note 10, Galaxy Fold, Galaxy A71, Galaxy A51, Galaxy A90, Galaxy A80, Galaxy A70, dan Galaxy A50. Kemaskini dilepaskan bermula hari ini secara berperingkat.

Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
5 benda yang anda perlu cuba bila anda dapat tempahan Samsung Galaxy S21 Ultra

Kemaskini One UI 3.1 beri kehebatan kamera Galaxy S21 kepada Galaxy S20, Note 20 dan Galaxy Z

19 February 2021
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER