• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menteri MOSTI akan muncul di ClubHouse malam ini untuk menerangkan tentang program vaksin COVID-19 di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:57 pm
  • 19/02/2021
  • Komen
Menteri MOSTI akan muncul di ClubHouse malam ini untuk menerangkan tentang program vaksin COVID-19 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada penghujung bulan Februari ini. Fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan kerajaan dan swasta, perkhidmatan penting, dan pertahanan.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam program ini. Ia dilakukan untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin ini selamat diguna pakai.



Jika orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program vaksin ini, mereka boleh bercakap terus dengan Pengerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, menerusi satu acara temubual yang diadakan di aplikasi ClubHouse.

I'm discussing “Let’s Talk About COVID-19 Vaccines”. Friday, 19 Feb at 9:00 pm GMT 8 on @joinclubhouse. Join us! https://t.co/EL8Z86H6Rg

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 17, 2021

Temubual ini akan bermula pukul 9 malam ini, hari Jumaat 19 Februari 2021. Beliau akan disertai oleh Helmy Haja Mydin, Jemilah Mahmood, Kalaiarasu Peariasamy, Giri Rajahram, dan Akhmal Yusof.



Bagaimanapun, aplikasi ClubHouse hanya terdapat di platform iOS sahaja. Bermakna, hanya pengguna iPhone boleh menyertainya.

Kepada yang berminat dan memiliki aplikasi ClubHouse, boleh menyertainya melalui pautan di sini: https://www.joinclubhouse.com/event/P9voDG5O

Anda akan dapat mendengar penerangan mengenai program vaksin Covid-19 di Malaysia secara terus, malah mungkin berpeluang untuk bertanyakan soalan tentangnya.

[Sumber: @Khairyky]

Bacaan Berkaitan

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan: Semua yang anda perlu tahu
Tags: COVID-19Khairy JamaluddinVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Menteri MOSTI akan muncul di ClubHouse malam ini untuk menerangkan tentang program vaksin COVID-19 di Malaysia

Menteri MOSTI akan muncul di ClubHouse malam ini untuk menerangkan tentang program vaksin COVID-19 di Malaysia

19 February 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN