• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

19% kanak-kanak alami tekanan perasaan ketika PKP, ibu bapa perlu tahu cara tanganinya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:57 pm
  • 26/02/2021
  • Komen
19% kanak-kanak alami tekanan perasaan ketika PKP, ibu bapa perlu tahu cara tanganinya
Share on FacebookShare on Twitter

Ibu bapa merupakan individu yang paling penting bagi mengekang masalah mental dalam kalangan anak-anak. Tahukah anda, anak-anak memerlukan individu yang dipercayai untuk berkongsi cerita, lebih-lebih lagi mengenai pengalaman mereka ketika melayari internet yang sudah menjadi keperluan kini.

Tinjauan isi rumah yang dijalankan oleh World Vision Malaysia mendapati bahawa 19 peratus kanak-kanak mengalami tekanan perasaan dan lima peratus mengalami penyakit mental semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.



Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara mendekati anak untuk mengadakan perbualan terbuka, bagi memastikan mereka sentiasa selamat terutamanya apabila mereka melayari internet.

Bantu remaja dapatkan pengalaman positif dalam talian

Baru-baru ini, Intagram telah adakan sebuah program perbincangan secara maya, mengenai bagaimana ibu bapa boleh membantu remaja mendapat pengalaman positif apabila berada di dalam talian. Program itu melibatkan beberapa orang panel berkongsi perspektif dan pengalaman mereka.



Antara yang terlibat ialah:

  1. Philip Chua, Ketua Dasar Awam, Instagram Asia-Pasifik
  2. Anita Abu Bakar, Presiden Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA)
  3. Datin Lisa Surihani, Duta Nasional UNICEF dan selebriti Malaysia
  4. Datuk Aaron Aziz, selebriti Malaysia dan seorang bapa
  • Philip Chua
  • Puan Anita Abu Bakar
  • Datin Lisa Surihani
  • Datuk Aaron Aziz

Kemurungan remaja

Melalui perbincangan itu, Anita Abu Bakar berkata, remaja mengalami kemurungan lebih lama daripada yang diketahui oleh ibu bapa. Antara sebab ianya berlaku adalah berikutan pengetahuan mengenai kesihatan mental yang kurang, anak tidak mahu berinteraksi kerana mereka menyalahkan diri sendiri dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa mereka.

Tanggungjawab ibu bapa

Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa untuk mengetahui tanda-tanda apabila anak memerlukan pertolongan. Ibu bapa juga perlu bersikap inklusif apabila membantu mereka di dalam proses pemulihan.

Philip Chua, Ketua Dasar Awam Instagram, APAC berkata ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengubah stigma berhubung kesejahteraan mental dalam kalangan remaja.

Pandemik Covid-19 menyebabkan anak-anak beralih kepada alternatif digital untuk belajar, main dan berkomunikasi dengan rakan. Maka, ibu bapa perlu mengadakan perbualan terbuka dengan anak-anak agar mereka selamat apabila berada di dalam talian dan terhindar daripada masalah kemurungan.

Ibu bapa perlu ada pengetahuan digital

Selain itu, Lisa Surihani berpendapat, ibu bapa harus mengadakan perbualan dengan anak-anak sejak usia muda agar ia menjadi sebahagian daripada perkembangan mereka.

Dengan mempunyai beberapa aspek seperti, pengetahuan digital, maklumat daripada pihak yang profesional dan kumpulan sokongan mengenai kesejahteraan mental, ibu bapa akan rasa berupaya untuk mengadakan perbualan mengenai topik ini bersama anak-anak.

Disamping itu, Datuk Aaron Aziz beranggapan bahawa adalah sesuatu yang penting untuk ibu bapa memahami dan mempunyai pengetahuan mengenai tanggungjawab penggunaan media sosial.

Dengan adanya ilmu tersebut, ibu bapa boleh memberikan bantuan kepada anak apabila mereka memerlukan.

Panduan untuk ibu bapa

Buat ibu bapa yang mungkin tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan dengan anak, sebuah panduan percuma akan dihasilkan oleh Instagram dengan kerjasama Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental atau MIASA Malaysia.

Dalam panduan ini, ibu bapa akan diberikan cara untuk memulakan perbualan di rumah mengenai keselamatan dan kesejahteraan anak apabila berada di dalam talian. Panduan ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Ia boleh didapatkan tidak lama lagi menerusi laman sesawang MIASA dan di laman web panduan ibu bapa Instagram.

Penggunaan gajet dan aktiviti anak dalam talian perlu dipantau dan dibimbing. Adalah satu perkara yang penting bagi ibu bapa untuk mengetahui tanda-tanda apabila mereka ingin meminta pertolongan, atau ingin bercerita sesuatu yang mereka lalui sepanjang mereka melayari internet.


Tags: instagraminternetMIASA
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

19% kanak-kanak alami tekanan perasaan ketika PKP, ibu bapa perlu tahu cara tanganinya

19% kanak-kanak alami tekanan perasaan ketika PKP, ibu bapa perlu tahu cara tanganinya

26 February 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER