• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Senarai fasa 1 penerima vaksin lebih jelas, tiada pegawai kerajaan dan ahli keluarga

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 02/03/2021
  • Komen
COVID-19: Senarai fasa 1 penerima vaksin lebih jelas, tiada pegawai kerajaan dan ahli keluarga
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia telah memulakan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19, di mana fasa pertama penerima vaksin bermula dari Februari hingga April 2021, dikhususkan untuk petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan kerajaan & swasta, perkhidmatan penting dan pertahanan. Selain itu, pemimpin utama kerajaan juga termasuk dalam senarai fasa pertama ini.

Bagaimanapun, beberapa petugas kesihatan telah membuat aduan di media sosial, di mana mereka mendapati pemimpin kerajaan bukan keutamaan, turut termasuk di dalam senarai fasa pertama. Walaupun tiada bukti ‘memotong barisan vaksin’ ini diberikan, kerajaan dilihat telah menyusun semula senarai penerima vaksin fasa pertama.



Pengerusi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, telah berkongsi garis panduan baru penerima fasa pertama vaksin. Antaranya, hanya ahli Jemaah Menteri, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat di dalam lawatan rasmi Ahli Jemaah Menteri ke luar negeri, termasuk dalam Kategori Dua, fasa pertama penerima vaksin.

Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan Bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. pic.twitter.com/JFj38p5yNf

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 1, 2021

Khairy turut menjelaskan dalam kenyataan media, semasa pelancaran penerima vaksin peringkat negeri, ada beberapa nama yang tidak sepatutnya menerima vaksin telah disenaraikan dalam fasa pertama. Senarai ini akan menunjukkan dengan jelas siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Pegawai-pegawai kerajaan termasuk Setiausaha Politik, tidak termasuk dalam fasa pertama.



Khairy menambah, ahli keluarga exco atau menteri besar, tidak termasuk di dalam senarai. Mereka tidak boleh memotong barisan untuk termasuk dalam fasa pertama vaksin.

Untuk rujukan, senarai terkini penerima vaksin fasa pertama yang telah ditetapkan kerajaan adalah seperti berikut:

Kategori 1: Pengurusan & Profesional

  • Pegawai Perubatan
  • Pegawai Pergigian
  • Pegawai Farmasi
  • Pegawai Sains
  • Pegawai Kesihatan Persekitaran dll

Kategori 1: Paramedik & Auksiliari

  • Jururawat
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Juru X-Ray
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Pemandu
  • Pembantu Kesihatan Awam dll

Kategori 2

  1. Sektor Kesihatan (seperti: pengamal perubatan am, doktor gigi swasta, pengamal perubatan tradisional & komplementari, serta makmal swasta yang berdaftar)
  2. Anggota Keselamatan (seperti: Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, pasukan Gerak Am, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia)
  3. Perkhidmatan Sosial (seperti: Jabatan Kebajikan Masyarakat)
  4. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  5. Kontraktor Kementerian Kesihatan Malaysia (seperti: perkhidmatan pembersihan dan perkhidmatan kawalan keselamatan)
  6. Pengendali perkhidmatan hemodialisis
  7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang menghidap lebih daripada satu masalah kesihatan kronik, atau pelbagai morbiditi
  8. Ahli Jemaah Menteri
  9. Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri
  10. Ahli Dewan Rakyat
  11. Ahli Dewan Undangan Negeri
  12. Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat di dalam lawatan rasmi Ahli Jemaah Menteri ke luar negeri

[Sumber: Malay Mail, Code Blue]

Tags: COVID-19Khairy JamaluddinVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

COVID-19: Senarai fasa 1 penerima vaksin lebih jelas, tiada pegawai kerajaan dan ahli keluarga

COVID-19: Senarai fasa 1 penerima vaksin lebih jelas, tiada pegawai kerajaan dan ahli keluarga

2 March 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN