• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google pancing pengguna untuk langgan storan awannya dengan cara keji ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:56 pm
  • 02/03/2021
  • Komen
Google pancing pengguna untuk langgan storan awannya dengan cara keji ini
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bulan November 2020 lalu, kami ada laporkan yang Google telah mengubah polisi storan gambar untuk servis Google Photos mereka.

Tiada lagi storan Google Photo percuma, ini salah satu penyelesaian yang anda ada

Benda yang berubah adalah anda tak lagi terima storan percuma tanpa had bila anda muat naik gambar dan pilih tetapan High Quality. Sebaliknya, ia akan gunakan storan percuma 8GB yang anda terima seperti bila anda muat naik gambar dalam tetapan Original Quality.



Dulu, Google berikan anda storan percuma bila anda gunakan tetapan High Quality, “pengerasnya” adalah anda benarkan Google untuk resize dan compress kepada gambar yang lebih daripada 16MP resolusinya.

Google unjurkan yang jika 8GB storan percuma digunakan anda untuk simpan gambar High Quality, ia ambil masa 4 tahun untuk penuh. Bila dah penuh, anda tiada pilihan kecuali melanggan Google One pada harga seperti berikut:



Pelan bulanan

  • RM8.49/bulan untuk 100GB
  • RM11.99/bulan untuk 200GB
  • RM42.99/bulan untuk 2,000GB

Pelan tahunan

  • RM84.99/tahun untuk 100GB
  • RM119.99/tahun untuk 200GB
  • RM429.99/tahun untuk 2,000GB

Mungkin Google perasan seperti tak ramai berminat untuk langgan storan awan, Google telah hantar satu emel memberitahu perbezaan antara gambar High Quality dengan Original Quality. Masalahnya, gambar yang digunakan tak langsung menggambarkan perbezaan antara kedua-duanya.

Google nak kata yang High Quality akan rosakkan gambar sehinggakan jadi pixelated. Sedangkan sewaktu mereka promosikan Google Photos, mereka kata yang High Quality berikan gambar seakan kualiti sebenar, bezanya cuma pada resolusi.

Ini contoh gambar yang saya muat naik ke Google Photos kemudian muat turun semula gambar yang telah terima rawatan High Quality Google.

Gambar Original Quality vs. High Quality

Anda nampak perbezaannya?

Sumber: Forbes

Tags: GoogleGoogle Photos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google pancing pengguna untuk langgan storan awannya dengan cara keji ini

Google pancing pengguna untuk langgan storan awannya dengan cara keji ini

2 March 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN