• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesakit COVID-19 dikehendaki pakai gelang penjejak bermula 11 Mac 2021

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 04/03/2021
  • Komen
Pesakit COVID-19 dikehendaki pakai gelang penjejak bermula 11 Mac 2021
Share on FacebookShare on Twitter

KKM hari ini membuat pengumuman yang pesakit COVID-19 boleh diarahkan untuk memakai gelang penjejak bertujuan untuk membendung penularan pandemik tersebut. Ia selaras dengan pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 melalui Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Menurut ordinan tersebut, satu seksyen baharu telah ditambah dalam akta iaitu Seksyen 15A. Di dalam seksyen tersebut terdapat maklumat tentang “Perintah bagi memakai peranti pengesanan”.



Petikan daripada Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021

Ada tiga perkara yang digarap bawah seksyen tersebut iaitu:

  • Pegawai yang berkuasa boleh perintahkan sesiapa sahaja yang dijangkiti ataupun disyaki dijangkiti untuk memakai perati pengesanan.
  • Jenis peranti tidak dihadkan
  • Pemakai melakukan kesalahan jika peranti dirosakkan secara sengaja

Menteri Kesihatan memberitahu yang peranti tersebut hendaklah dipakai selama 10 hari ataupun pemakai boleh dikenakan penalti jika membukanya tanpa kebenaran.



Gelang tanpa penjejak yang digunakan sekarang

Korea Selatan adalah salah satu negara yang menggunakan kaedah ini untuk mengawal selia orang yang sedang dipantau.

Di bawah perintah baru ini, sesiapa yang ingkar bakal berdepan dengan denda sehingga RM10 ribu ataupun RM50 ribu kepada syarikat.

[Sumber: Awani]

Bacaan berkaitan

KKM keluar perintah baru tentang tempoh kuarantin, tapi besar kemungkinan bukan untuk anda
Tags: COVID-19kkm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pesakit COVID-19 dikehendaki pakai gelang penjejak bermula 11 Mac 2021

Pesakit COVID-19 dikehendaki pakai gelang penjejak bermula 11 Mac 2021

4 March 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN