• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT 5G diumum di China, ia adalah telefon Snapdragon 888 termurah

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 am
  • 08/03/2021
  • Komen
Realme GT 5G diumum di China, ia adalah telefon Snapdragon 888 termurah
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah umumkan flagship 2021 mereka iaitu Realme GT 5G di China. Ia boleh mula dibeli 10 Mac 2021 pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – RMB2,799 (RM1,756)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – RMB3,299 (RM2,069)

Ini adalah telefon Snapdragon 888 termurah dalam pasaran setakat ini. Untuk perbandingan, Xiaomi MI 11 dilancarkan di China pada harga bermula RMB3,999 (RM2,508).



Spesifikasi Realme GT 5G

Seperti hampir semua produk Realme, ia menggunakan panel paparan berlubang di penjuru kiri untuk tempatkan kamera selfie. Paparannya sebesar 6.43” AMOLED pada resolusi FHD+. Harganya yang murah bermakna ada beberapa kompromi dilakukan.

Ia masih gunakan kaca Corning Gorilla Glass 5 sedangkan kaca pelindung skrin generasi baharu adalah model Victus. Namun, ia tetap ada specs paparan yang baik iaitu refresh rate 120Hz.



Atas papan utama, ia ada SoC Snapdragon 888 dengan RAM serendah 8GB dan storan serendah 128GB. Tiada slot mikro-SD untuk anda perluaskan storan.

Di bahagian pengimejan, telefon ini ada trikamera belakang dengan kombinasi kamera 64MP, 8MP (ultralebar), dan 2MP (makro). Inilah salah satu lagi tempat komromi dilakukan. DI bahagian depan, ia ada kamera selfie 16MP.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,500mAh. Ia sokong pengecasan pantas 65W. Lagi ruang kompromi yang diteroka adalah ketiadaan pengecasan wayarless, masuk mahupun keluar. Malahan telefon ini tiada kekalisan air/debu IP68.

Tapi, ia ada helahnya yang tersendiri. Telefon ini mungkin antara flagship 2021 terakhir yang ada jek audio 3.5mm.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: 5gRealmerealme gt
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme GT 5G diumum di China, ia adalah telefon Snapdragon 888 termurah

Realme GT 5G diumum di China, ia adalah telefon Snapdragon 888 termurah

8 March 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN