• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia Chat baru, pengguna boleh sertai pelbagai komuniti & sembang dengan rakan baru

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:46 pm
  • 09/03/2021
  • Komen
AirAsia Chat baru, pengguna boleh sertai pelbagai komuniti & sembang dengan rakan baru
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia perkenalkan ciri baharu dalam aplikasinya yang dikenali sebagai AirAsia Chat. Dengan adanya ciri ruang sembang ini, pengguna boleh menggunakannya untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pengguna lain serta menyertai pelbagai komuniti menarik.

Namun sebelum memulakannya, anda perlu kemaskini profil anda di dalam aplikasi AirAsia terlebih dahulu. Anda hanya perlu ikuti cara di bawah untuk mengisi maklumat profil AirAsia anda.



  1. Pergi ke ciri account
  2. Isi maklumat anda
  3. Tekan save

Apabila selesai, anda sudah boleh memulakan perbualan di dalam ciri chat yang disediakan.

Perincian ciri dalam AirAsia Chat

Ada 3 ciri di bawah AirAsia Chat iaitu Communities, Channels dan Chat.



1. Communities

Melalui communities, pengguna boleh sertai apa sahaja kumpulan sembang yang ada dan berbual dengan ahli yang lain. Anda hanya perlu pilih komuniti yang anda minat, tekan join (sertai) dan mula bersembang.

Antara komuniti yang paling ramai pengguna sertai adalah Kuala Lumpur Travellers iaitu seramai 8589 ahli diikuti Bali Travellers seramai 5227 ahli. Komuniti yang disediakan adalah mengenai lokasi pelancongan dan perbualan didalamnya juga adalah berkaitan dengan pelacongan ke lokasi itu.

2. Channels

Melalui Channels (saluran), pengguna boleh dapatkan maklumat terkini mengenai sebarang promosi, berita AirAsia dan banyak perkongsian lain lagi. Menurut AirAsia, buat masa ini, saluran airasia.com promotion mempunyai paling ramai pengikut.

Konsepnya sama juga seperti Communities, pengguna perlu sertai terlebih dahulu sesebuah saluran sebelum dapat ketahui lebih lanjut mengenai sebarang maklumat di dalamnya.

3. Chat, ruang sembang peribadi

Dengan ruang sembang ini, anda boleh melakukan perbualan secara peribadi 1-ke-1 bersama pengguna aplikasi AirAsia yang lain. Terdapa dua cara disediakan untuk ciri ini.

Untuk berbual bersama rakan kenalan anda, anda hanya perlu ikut cara di bawah:

  1. Tekan simbol kenalan dibahagian atas kanan.
  2. Kemudian, benarkan aplikasi ini mengakses kenalan anda di dalam telefon.
  3. Seterusnya, pilih rakan yang anda ingin berbual dan mulakan perbualan.

Cara kedua pula, anda hanya perlu taip nama pengguna di bahagian search user dan pilih pengguna yang anda mahu mesej.

4. Kumpul Big Poin dengan bermain permainan

Terdapat lebih daripada 10 permainan disediakan untuk pengguna. Ada permainan yang menyedikan ganjaran buat anda. Contohnya, melalui permainan Points Catcher, pengguna boleh mengumpul BIG Poin dan ia boleh digunakan untuk berbelanja di aplikasi AirAsia.

Dengan adanya ciri baharu ini, pengguna boleh berinteraksi dengan ramai individu. Selain itu, anda secara tidak langsung dapat menjadi antara yang terawal mengetahui tentang sebarang promosi yang disediakan oleh AirAsia melalui salurannya.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsiaAirAsia Chat
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AirAsia Chat baru, pengguna boleh sertai pelbagai komuniti & sembang dengan rakan baru

AirAsia Chat baru, pengguna boleh sertai pelbagai komuniti & sembang dengan rakan baru

9 March 2021
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN