• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fitbit Ace 3, jam pintar kanak-kanak dilengkapi penjejak tidur & penggera senyap

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:07 pm
  • 10/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Fitibit memperkenalkan jam tangan pintar kanak-kanak terbaru mereka, iaitu Fitibit Ace 3. Sesuai untuk usia 6 tahun keatas, jam pintar ini mempunyai pelbagai ciri menarik termasuklah penjejak tidur, aktiviti cabaran dan banyak lagi.

Fitibit Ace 3 ini juga mempunyai variasi wajah jam animasi (clock faces) dan pelbagai aksesori baru untuk anak-anak mempamerkan gaya peribadi mereka. Jam pintar ini hadir dalam warna hitam dengan gesper merah dan juga pilihan warna biru dengan gesper hijau.



Spesifikasi

Fitibit Ace 3 didatangkan dengan jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 8 hari. Selain itu, ia juga direka kalis air sehingga 50 meter.

Talinya diperbuat daripada silikon klasik dan mempunyai gesper boleh laras. Ia boleh dilaraskan pada pergelangan tangan dengan ukuran 4.8″ sehingga 6.8″ lilitan. Dimensi jam pintar ini pula ialah 1.47″ panjang x 0.66″ lebar x 0.5″ tinggi.



Ia juga dihadirkan dengan skrin sentuh dengan paparan PMOLED. Memorinya pula mampu menyimpan 7 hari data pergerakan dengan terperinci pada setiap minit.

Ciri Fitbit Ace 3

Fitbit Ace 3 didatangkan dengan ciri kesihatan penjejak tidur. Ibu bapa boleh mengetahui sama ada anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya seperti yang mereka perlukan.

Melalui aplikasi Fitbit, anda boleh membuat peringatan waktu tidur dan penggera senyap yang akan membangunkan anak-anak anda secara perlahan dengan pendengaran yang tenang di pergelangan tangan mereka.

Selain itu, ibu bapa dapat menetapkan peringatan kepada anak-anak untuk bergerak jika mereka duduk terlalu lama. Ia juga berfungsi menjejak langkah pengguna sepanjang hari.

Menariknya pada Fitibit Ace 3 ini, pemakai boleh memilih sendiri watak muka jam animasi. Seterusnya animasi itu akan berubah dan membesar ketika pemakai mencapai kemajuan ke arah tujuan mereka sepanjang hari.

Akaun Fitbit

Melalui peranti, ibu bapa boleh membuat akaun keluarga dan membuat akaun anak di aplikasi Fitbit. Dalam paparan ibu bapa, anda boleh melihat setiap aktiviti yang anak lakukan.

Dalam aplikasi Fitbit, anak-anak boleh berhubung dengan rakan dan keluarga yang diluluskan oleh ibu bapa. Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam pertandingan persahabatan melalui cabaran Family Face Off, dan meraikan kemenangan dengan lencana dan trofi maya.

Ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk menyediakan akaun untuk anak dan mengaktifkan Kid View. Dengan ciri ini, anak berusia 6 tahun ke atas dapat melihat statistik pergerakan, lencana dan wajah jam mereka.

Namun, anda perlu tahu, aplikasi Fitbit hanya serasi dengan telefon dan tablet yang paling popular. Untuk menggunakan produk dan perkhidmatan Fitbit, anda perlu mempunyai aplikasi Fitbit pada peranti yang serasi dengan salah satu sistem operasi berikut:

  • Apple iOS 12.2 ke atas
  • Android OS 7.0 ke atas
  • Sync memerlukan Bluetooth LE dan rangkaian Internet

Harga jualan

Dengan harga RM328.00, Ace 3 boleh didapatkan secara pra-pesanan bermula hari ini melalui Fitbit.com. Ia akan tersedia di Malaysia bermula pada 29 Mac di semua IT Hypermarket, Flash Gadgets, Harvey Norman, Lazada, Timekeeper, Thunder Match dan Shopee.

Tags: FitbitFitbit Ace 3
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Fitbit Ace 3, jam pintar kanak-kanak dilengkapi penjejak tidur & penggera senyap

10 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER