• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Samsung Galaxy A12 kini RM100 lebih murah

  • OLEH Najib
  • 10:34 am
  • 22/03/2021
  • Komen
PROMO: Samsung Galaxy A12 kini RM100 lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy A12 adalah salah satu telefon pintar yang dilancarkan Samsung Malaysia pada bulan Januari tahun ini, di samping Galaxy A02s. Hari ini, Samsung mengumumkan diskaun sebanyak RM100 untuk telefon pintar baru ini, menjadikan harganya lebih mampu dimiliki.

Harga Samsung Galaxy A12 semasa diumumkan awal tahun ini ialah RM799. Dengan promosi diskaun RM100 ini, orang ramai boleh membelinya pada harga RM699 sahaja. Tetapi ia untuk masa terhad, dari sekarang sehingga 11 April 2021 sahaja.



Jika berminat, anda boleh mendapatkan Galaxy A12 pada harga promosi ini di Stor Online Samsung Malaysia dan pengedar Samsung terpilih. Warna yang disediakan ada dua, antara biru dan hitam.

Spesifikasi

Galaxy A12 adalah peranti kelas permulaan, dikuasakan cip Mediatek Helio P35 bersama RAM 6GB dan storan 128GB, dilihat besar untuk harganya. Kad mikroSD sehingga 1TB diterima di dalam slot khas di samping dua kad sim nano, untuk storan tambahan.



Skrinnya berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD 720p sahaja. Ia dari jenis LCD dan memiliki pengimbas capjari di sisi, digabungkan dengan butang kuasa. Kapasti bateri juga besar, sebanyak 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C.

Kamera belakangnya ada empat, gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 5MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 8MP, terletak di dalam takuk di dahi skrin.

Tags: samsungsamsung galaxy a12
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
PROMO: Samsung Galaxy A12 kini RM100 lebih murah

PROMO: Samsung Galaxy A12 kini RM100 lebih murah

22 March 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN