• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu

  • OLEH Najib
  • 7:47 am
  • 24/03/2021
  • Komen
OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus hari ini selamat melancarkan peranti flagship terbaru mereka, siri OnePlus 9. Bagaimanapun, hanya dua model dilancar di pentas antarabangsa ini iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Satu lagi model yang diperkatakan sebelum ini, OnePlus 9R hanya terdapat di pasaran India.

Siri OnePlus 9 yang diperkenal hari ini merupakan peranti berkuasa tinggi, dikuasakan pemproses terbaik dari Qualcomm, Snapdragon 888 5nm bersama skrin Fluid AMOLED 120Hz. Peranti ini juga menampilkan hasil kerjasama pertama OnePlus dengan pakar kamera terkemuka, Hasselblad.



OnePlus 9

Mengekalkan peranti berkuasa tinggi premium, OnePlus 9 dilengkapi cip Snapragon 888 5nm, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB. Kad mikroSD tidak diterima dan ia boleh memuatkan dua kad sim nano 5G serentak.

Paparan yang hebat turut dipasang di OnePlus 9, menggunakan skrin rata Fluid AMOLED 120Hz HD Penuh, sebesar 6.55-inci. Ia memiliki pengimbas capjari di dalam skrin dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass.



Tenaga pula disalurkan dari bateri berkapasiti 4,500mAh di dalam susunan dua sel, membolehkan ia menyokong pengecasan pantas Warp Charge 65T berkuasa 65W. Selain itu, OnePlus 9 turut menyokong pengecasan wayarles 15W dan boleh dicas tanpa wayar dalam kedudukan menegak atau melintang.

Tarikan utama OnePlus 9 sudah pasti pada jenama Hasselblad di kamera. Terdapat tiga kamera belakangnya iaitu kamera utama 48MP F1.8 menggunakan sensor Sony IMX689, bersama kamera ultra lebar 50MP F2.2 Sony IMX766 serta kamera monokrom 2MP. Kamera hadapannya 16MP F2.4, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Menurut OnePlus, kamera ultra lebar di OnePlus 9 memiliki lensa Freeform. Ia menghilangkan kesan ‘mata-ikan’ yang terdapat di lensa ultra lebar, menjadikan gambar dihasilkan lurus di hujungnya. Rakaman video pula disokong sehingga resolusi 8K 30ps, atau gerak perlahan HD Penuh 1080p sehingga 240fps, atau HD 720p 480fps.

Kamera FreeForm di OnePlus 9

Sistem bunyi OnePlus 9 juga menarik kerana ia dihasilkan menerusi speaker stereo dan menyokong teknologi Dolby Atmos. Jek audio 3.5mm tiada, jadi hanya fon telinga berwayar dari jenis USB-C sahaja boleh digunakan.

Selain ini, OnePus 9 juga lengkap dengan Bluetooth 5.2, Wifi 6 dan NFC. Ada tiga warna pilihan untuk OnePlus 9 iaitu Biru, Ungu dan Hitam.

OnePlus 9 Pro

Versi Pro dipertingkat di beberapa bahagian berbanding OnePlus 9. Prestasi tingginya sama, dilengkapi cip Snapragon 888 5nm, RAM LPDDR5 sehingga 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB. Kad mikroSD tidak diterima dan ia boleh memuatkan dua kad sim nano 5G serentak.

Paparan di Pro adalah lebih baik. Skrinnya lebih besar 6.7-inci, melengkung di sisi dengan resolusi lebih tajam Quad HD. Malah, kadar penyegarannya lebih baik kerana ia adaptif yang boleh berubah mengikut keperluan, dari serendah 1Hz sehingga 120Hz.

Ruang tenaga hampir serupa, dengan bateri dwi-sel berkapasiti 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas Warp Charge 65T. Tetapi pengecasan wayarles disokong sehingga kuasa 50W.

Kamera dengan kerjasama Hasselblad di Pro turut berbeza, ada 4 kamera di belakangnya. Ia menggunakan kamera utama 48MP F1.8 menggunakan sensor IMX789 bersama kamera ultra lebar 50MP Sony IMX766 dilengkapi lensa Freeform. Seterusnya ialah kamera monokrom 2MP dan ditambah dengan kamera telefoto 8MP F2.4. Kamera hadapan sama, 16MP F2.4 di dalam lubang di sudut atas skrin.

Selain memiliki speaker stereo Dolby Atmos, Bluetooth 5.2, Wifi 6 dan NFC, OnePlus 9 Pro turut kalis air dan debu IP68. Membolehkan ia masuk ke dalam air sehingga 1.5 meter dalam selama 30 minit.

OnePlus menyediakan tiga warna yang berbeza untuk OnePlus 9 Pro iaitu Hitam, Kelabu dan Hijau.

Harga dan tarikh jualan

Tempahan awal untuk OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro telah dibuka di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan India. Ia dijual di Eropah dengan harga seperti berikut:

  • OnePlus 9 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 699 (~RM3,420)
  • OnePlus 9 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR 799 (~RM3,910)
  • OnePlus 9 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 899 (~RM4,399)
  • OnePlus 9 Pro 5G (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR 999 (~RM4,889)

Buat masa ini, masih tiada khabar bilakah siri OnePlus 9 ini akan dijual di Malaysia. Mengikut sejarah sebelum ini, telefon flagship OnePlus tiba dengan cepat di Malaysia. Mungkin kita boleh mendengar sesuatu mengenainya tidak lama lagi.

Tags: OnePlusOnePlus 9OnePlus 9 Pro
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu

OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu

24 March 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER