• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada Galaxy Note tahun ini, akan kembali muncul tahun hadapan

  • OLEH Najib
  • 12:47 pm
  • 24/03/2021
  • Komen
Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Cerita tentang Galaxy Note dihentikan pengeluarannya boleh dikatakan berubah-ubah hampir setiap bulan. Ada masanya Samsung dilaporkan mahu menghentikannya tahun ini kerana S Pen boleh digunakan di peranti lain, seterusnya ditukar pula kepada masih dihasilkan.

Laporan terbaru dari Korea memetik kata-kata Ketua IT dan Komunikasi Mudahalih Samsung, DJ Koh menyatakan bahawa Galaxy Note tidak akan dihasilkan tahun ini, tetapi ia akan muncul kembali tahun hadapan. Perkara ini dilaporkan oleh portal berita dari Korea Selatan, Yonhap News Agency.



Selain boleh digunakan di Galaxy S21 Ultra, S-Pen juga dikhabarkan akan membuat kemunculan pertama bersama telefon pintar boleh lipat Samsung akan datang, Galaxy Z Fold 3.

DJ Koh semasa melancarkan Galaxy Fold pertama

Dalam pertemuan Koh bersama pemegang saham Samsung di dalam mesyuarat tahunan di Suwon, Koh berkata, ia akan menjadi satu tekanan yang berat untuk Samsung melancarkan dua model peranti flagship yang menyokong S-Pen dalam masa setahun. Kerana itu, siri baru Galaxy Note mungkin tidak akan diadakan pada pertengahan kedua tahun ini.



Tetapi untuk tahun hadapan ia mungkin berbeza. Malah waktu pelancaran Galaxy Note mungkin diubah kerana siri Galaxy Note adalah satu kategori penting buat Samsung. Selain itu, Samsung juga sedang berusaha keras untuk mengatasi masalah gangguan operasi akibat kekurangan bekalan cip, tambah Koh lagi.

Koh juga menyebut, bagi penghasilan telefon pintar boleh lipat, ia tidak boleh dilakukan sama seperti telefon pintar biasa. Samsung telah menyelesaikan masalah berkaitan paparan, tetapi perkakas lain yang berkaitan juga perlu berkembang seiringan.

Bercakap tentang penurunan pegangan pasaran, Koh yakin dengan penambahbaikan dalam pengalaman penggunaan, pegangan pasaran Samsung akan pulih kembali. Samsung memiliki teknologi terbaik tetapi mungkin kekurangan aspirasi jenama.

Menurut pengkaji pasaran Counterpoint Research, Samsung masih memegang takhta teratas pengeluar telefon pintar bagi tahun 2020 tetapi pegangan pasarannya menurun dari 20% kepada 19%, melihatkan penurunan pengeluaran bekalan dari 298.6 juta unit kepada 255.7 juta unit.

[Sumber: PhoneArena, Yonhap]

Tags: samsungsamsung galaxy note
Najib

Najib

POPULAR

Hands-on Samsung Galaxy Note 20 Ultra: Di mana silapnya?

Tiada Galaxy Note tahun ini, akan kembali muncul tahun hadapan

24 March 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN