• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Berharga lebih RM2,800, robot mainan Optimus Prime ini boleh beraksi seperti yang sebenar

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:58 pm
  • 12/04/2021
  • Komen
Berharga lebih RM2,800, robot mainan Optimus Prime ini boleh beraksi seperti yang sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat permainan Hasbro umum kerjasamanya dengan Robosen Robotics (Shenzhen) Co. Ltd, sebuah syarikat program robot untuk mencipta robot mainan Optimus Prime yang mampu beraksi sepenuhnya seperti yang anda sering lihat di kaca TV.

Ia didatangkan dengan pelbagai fungsi yang hebat termasuklah mampu melakukan perubahan automatik dari kenderaan ke robot, kemampuan berjalan, mampu berlumba apabila dalam bentuk kenderaan dan boleh dikawal menggunakan suara atau aplikasi mudah alih.



Perincian robot Optimus Prime

Robot Optimus Prime ini dicipta dengan ketinggian 19″ dan dilengkapi dengan 80 kesan bunyi yang disuarakan oleh pemilik suara ketua Autobot asli. Ada speaker dan 2 mikrofon terbina di dalamnya.

Ia juga disertakan dengan teknologi yang membolehkan suara anda mengaktifkannya untuk berjalan, bercakap dan menukar dirinya mengikut arahan anda. Selain itu, anda juga boleh program dan sesuaikan (customize) Optimus Prime anda dengan aplikasi mudah alih yang tersedia di Apple Store dan Google Play Store.



Ia dijual dengan harga USD 699.99 bersamaan RM2895.51. Apabila saya buka laman sesawang tempahannya, ada tertulis di situ ia sudah habis di jual. Jika anda mahu menjadikannya koleksi, mungkin anda boleh tunggu ia di buka semula nanti untuk pra tempahan.

[Sumber: Polygon, Hasbro Pulse]

Tags: Transformer
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Berharga lebih RM2,800, robot mainan Optimus Prime ini boleh beraksi seperti yang sebenar

Berharga lebih RM2,800, robot mainan Optimus Prime ini boleh beraksi seperti yang sebenar

12 April 2021
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

3 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER