• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AlphaDog, anjing robot peliharaan mampu lari 15km sejam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:14 am
  • 13/04/2021
  • Komen
AlphaDog, anjing robot peliharaan mampu lari 15km sejam
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahukan haiwan peliharaan yang mudah dipelihara dan ikut arahan anda, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memiliki robot Alpha Dog keluaran Weilan ini.

Ia merupakan anjing berteknologi tinggi menggunakan sensor dan kecerdasan buatan (AI) untuk mendengar dan melihat persekitarannya. Sama seperti anjing biasa, ia juga boleh dibawa berjalan-jalan.



Kalau dilihat secara kasar, rekaan AlphaDog ini hampir sama seperti Spot, iaitu robot keluaran Boston Dynamic. Tetapi pereka robot ini mengatakan bahawa AlphaDog adalah robot yang terpantas di pasaran kerana ia mampu berlari dengan kelajuan hampir 15 kilometer sejam.

Apabila robot ini menaiki tangga, ia dapat meramal geseran dan ketinggian untuk menstabilkan dirinya. Ia juga boleh melaraskan frekuensi langkah dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.



Menurut Ma Jie, ketua pegawai teknologi di Weilan, pihaknya berharap robot ini dapat memberi manfaat kepada individu yang mengalami masalah penglihatan. Apabila AlphaDog mempunyai fungsi penglihatan, pendengaran dan dialog, ia dapat berinteraksi dengan orang kurang upaya dengan mudah dan dapat membawa mereka ke pasar raya atau bas.

Tambahnya lagi, pada masa depan, robot ini akan dikemaskini dengan bunyi anjing menyalak dan ditambah suara manusia untuk membolehkan manusia berbual dengan robot peliharaannya.

Robot ini kini dijual pada harga USD12,690 bersamaan RM52,466.81 dan ia boleh didapati dengan cara tempahan awal. Generasi AlphaDog keluaran seterusnya akan diperkenalkan dengan ada sifat keperibadian anjing di dalamnya serta jangka hayat bateri juga akan dipanjangkan.

Jadi anda rasa lebih baik ada haiwan peliharaan yang sememangnya haiwan atau robot? Robot mungkin lebih patuh pada arahan kerana ia sudah diprogramkan, tetapi haiwan yang betul akan ada sifat manja dan setia kepada tuannya, tetapi kedua-duanya tetap susah nak jaga.

[Sumber: MalayMail, Weilan]

Tags: AlphaDog
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AlphaDog, anjing robot peliharaan mampu lari 15km sejam

AlphaDog, anjing robot peliharaan mampu lari 15km sejam

13 April 2021
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER