• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Keluarga Acer Nitro 5 lebih meriah dengan penyertaan varian Ryzen 5 dan Ryzen 9

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:49 pm
  • 14/04/2021
  • Komen
Keluarga Acer Nitro 5 lebih meriah dengan penyertaan varian Ryzen 5 dan Ryzen 9
Share on FacebookShare on Twitter

Pertengahan Mac 2021 lalu, Acer dilapor telah mengemas kini penawaran laptop gaming siri Nitro 5 mereka dengan spesifikasi Intel i7-10750H dengan tanda harga rasmi RM5,499. Hari ini, keluarga itu bertambah besar dengan penyertaan 6 lagi SKU pelbagai konfigurasi tapi semuanya diperkasa CPU AMD Ryzen.

Varian yang paling berkuasa dilengkapi CPU Ryzen 9 5900HX. Ia adalah CPU 8 teras dengan 16 bebenang dan dihasilkan melalui proses lirografi 7nm TSMC. Cip ini bekerja pada clockspeed 3.3Ghz tapi boleh di-overclock. Bermain permainan AAA tiada masalah pada laptop ini dengan kehadiran NVIDIA RTX3080 8GB GDDR6.



Sejurus keluar kotak, ia dibekalkan 16GB RAM DDR4. Tapia da satu slot kosong untuk anda masukkan sekeping lagi RAM sehingga 16GB di masa depan. Begitu juga dengan storan, sekiranya 1TB NVMe SSD tidak mencukupi, ia miliki 1 slot SATA kosong untuk tujuan peluasan tempat penyimpanan data.

Daripada segi I/O, ia cuma cukup2 makan. Tiada port yang luar biasa seperti Thunderbolt boleh ditemui. Yang anda terima ialah:



  • 1 USB A 3.2 Gen 2
  • 2 USB A 3.2 Gen 1
  • 1 USB C 3.2 Gen 2
  • 1 HDMI 2.1
  • 1 3.5mm audio jek
  • 1 ethernet

Bila nak bersidang video, kamera 720p boleh digunakan. Bateri 57.5Wh daripada 4 cell menguasakan laptop ini bila blok pengecas tidak digunakan, tapi Acer tidak berkongsikan hayat bateri yang mencadangkan hayat penggunaan tidaklah begitu baik.

Harga

Untuk spesifikasi tertinggi Acer Nitro 5 yang dilancarkan kali ini, anda melihat tanda harga pada RM8,999. Tapi, siri ini didatangkan dengan pelbagai konfigurasi pada harga serendah RM3,699. Berikut adalah harganya:

  • Nitro 5 R5 5600H + GTX 1650 + FHD 144Hz + RAM 8GB + Storan 512GB = RM3,699
  • Nitro 5 R7 5800H + RTX 1650 + FHD 144Hz + RAM 8GB + Storan 512GB = RM4,199
  • Nitro 5 R7 5800H + RTX 3060 + FHD 144Hz + RAM 8GB + Storan 512GB = RM4,899
  • Nitro 5 R7 5800H + RTX 3070 + FHD 144Hz + RAM 16GB + Storan 512GB = RM5,799
  • Nitro 5 R7 5800H + RTX 3070 + QHD 165Hz + RAM 16GB + Storan 1TB = RM6,399
  • Nitro 5 R9 5900HX + RTX 3080 + QHD 165Hz + RAM 16GB + Storan 1TB = RM8,999

Tempahan untuk membelinya agak rumit. Ini ialah ringkasannya:

  • Dua varian paling murah boleh ditempah pada 14 April hingga 16 April 2021 di Shopee dan Lazada. Tapi di Lazada hanya bermula pada 15 April 2021.
  • Varian ketiga termurah (Ryzen 7 7800H + GTX 3060) tempahannya bermula 27-29 April 2021.
  • Tiga varian paling mahal akan dibuka tempahan pada 10-12 Mei 2021

Setiap pembelian akan terima mousepad, earfon, dan beg percuma serta kredit e-Wallet sehingga RM200 nilainya.

Terus ikut laman rasmi Acer untuk kemas kini laptop gaming mereka.

Tags: AcerAcer Nitro 5Laptop gaming
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Keluarga Acer Nitro 5 lebih meriah dengan penyertaan varian Ryzen 5 dan Ryzen 9

Keluarga Acer Nitro 5 lebih meriah dengan penyertaan varian Ryzen 5 dan Ryzen 9

14 April 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER