• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tahukah yang anda boleh main Red Alert 2 terus daripada pelayar web?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:48 pm
  • 19/04/2021
  • Komen
Tahukah yang anda boleh main Red Alert 2 terus daripada pelayar web?
Share on FacebookShare on Twitter

Game Red Alert 2 sudahpun berusia lebih 20 tahun. Antara pelopor genre RTS ini terhenti perjalanannya setakat Red Alert 3: Uprising dalam tahun 2009. Tapi, kalau anda nak mengimbau kenangan dulu, anda boleh cuba main Red Alert 2 daripada pelayar web sekarang.

Pembangunan tak rasmi Red Alert 2 ini dikepalai oleh pasukan Chrono Divide dan mereka menamakannya Red Alert 2 Chrono Divide. Bila anda pergi ke laman web https://game.chronodivide.com/ anda terus boleh mainkannya.



Paling menarik, fungsi multiplayer sudahpun ada walaupun ia masih berada dalam fasa Alpha V0.2.0. Kalau anda pergi ke halaman multiplayer, terdapat ratusan orang sedang bermain dan anda boleh mewujud ataupun sertai sahaja sesi multiplayer yang telah ada.

Walaupun rupa permainan ini sama seperti Red Alert 2 yang asal, ia dibangunkan daripada bawah kerana pembangunnya perlu menyesuaikannya dengan platform pelayar web yang ingin mereka gunakan.



Pada asalnya, permainan ini cumalah satu eksperimen yang dijalankan untuk membuktikan yang tidaklah mustahil untuk menghasilkan sebuah permainan RTS jenis cross-platform yang dijalankan pelayar web.

Hasilnya, tak kiralah anda gunakan Chrome, Safari, ataupun apa saja pelayar web, anda boleh berperang sesama sendiri.

Tags: gamesred alert 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tahukah yang anda boleh main Red Alert 2 terus daripada pelayar web?

Tahukah yang anda boleh main Red Alert 2 terus daripada pelayar web?

19 April 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN