• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Malaysia lancar 4 laptop 2021: MateBook D 14, MateBook D 15, MateBook 14 & MateBook X Pro

  • OLEH Najib
  • 12:39 pm
  • 20/04/2021
  • Komen
Huawei Malaysia lancar 4 laptop 2021: MateBook D 14, MateBook D 15, MateBook 14 & MateBook X Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia kini mengumumkan barisan laptop baru mereka untuk tahun 2021. Terdapat lima model laptop Huawei MateBook yang diperkenal untuk pasaran Malaysia iaitu:

  1. Huawei MateBook D 14
  2. Huawei MateBook D 15 10th Edition
  3. Huawei MateBook D 15 11th Edition
  4. Huawei MateBook 14
  5. Huawei MateBook X Pro

Laptop baru Huawei ini akan mula dijual di Malaysia pada 24 April 2021. Tetapi Huawei menyediakan hadiah istimewa untuk pembeli terawal, yang membuat tempahan sebelum ia mula dijual.



Tempahan awal untuk laptop Huawei MateBook yang baru ini akan dibuka dari 20 hingga 23 April 2021. Hadiah percuma bernilai sehingga RM800 diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal dalam tempoh ini.

Orang ramai boleh membuat tempahan awal di Stor Online Huawei Malaysia, Stor Huawei Experience serta di rakan niaga Huawei seperti SenHeng, Harvey Norman dan Courts.



Semua tempahan awal dalam tempoh ini akan menerima hadiah percuma berupa Beg Swift Huawei, Pakej hadiah pengembara dan 1 tahun langganan Microsoft 365. Khas untuk MateBook 14 dan MateBook X Pro, tempahan awal akan menerima hadiah tambahan iaitu tetikus Bluetooth Swift Huawei.

Harga jualan untuk siri MateBook 2021 adalah seperti berikut:

  • MateBook D 14 (i5-10210U, UHD 620, RAM 16GB, SSD 512GB) – RM 3,499
  • MateBook D 15 (i5-10210U, UHD 620, RAM 16GB, SSD 512GB) – RM 3,299
  • MateBook D 15 (i5-1135G7, Iris Xe, RAM 16GB, SSD 512GB) – RM 3,899
  • MateBook 14 (i5-1135G7, Iris Xe, RAM 16GB, SSD 512GB) – RM 4,899
  • MateBook X Pro (i5-1135G7, Iris Xe, RAM 16GB, SSD 512GB) – RM 6,899

Spesifikasi

Kesemua laptop yang dilancarkan ini bukanlah model serba baharu, sebaliknya ia adalah naik taraf dari segi perkakas dalaman dan masih mengekalkan rupa luaran yang sama. Antara naik taraf yang diberikan adalah semua model diperkenal ini dipasang dengan RAM sebanyak 16GB, bersama storan dalaman 512GB.

Huawei turut memasang pemproses terbaru, Intel Core-i5 generasi ke-11 untuk laptop tahun ini. Selain itu, semua laptop MateBook 2021 kini menyokong WiFi 6 yang lebih pantas.

Ia juga mengekalkan penggunaan pengecas USB-C dengan kuasa 65W, yang turut boleh digunakan untuk mengecas peranti pintar lain. Selain itu, fungsi Huawei Share dialihkan ke trackpad, menjadikannya ruang lebih luas dan mudah dicapai.

Bagi keselamatan dan kemudahan daftar masuk biometrik, pengguna MateBook boleh mengimbas capjari dengan pantas di butang kuasa. Butang kuasa ini menggabungkan fungsi pengimbas capjari serta butang fizikal untuk menghidupkan laptop.

Satu keunikan yang Huawei terapkan di laptop MateBook sejak dulu adalah kebolehan menyorokkan kamera web. Ia terletak di dalam salah satu butang kekunci dan boleh disimpan jika tidak digunakan. Perkara ini membantu pengguna yang risau jika terdapat penggodam menceroboh masuk sistem laptop mereka.

Untuk skrin, MateBook D 14 memiliki skrin IPS LCD HD Penuh berukuran 14-inci. Manakala MateBook D 15 juga dengan skrin IPS LCD HD Penuh, berukuran 15.6-inci.

Bagi MateBook 14, ia menggunakan skrin IPS LCD 2K berukuran 14-inci dengan fungsi sentuhan. MateBook X Pro pula, dipasang dengan skrin IPS LCD 3K berukuran 13.9-inci, juga menyokong fungsi sentuhan.

Semua laptop Huawei 2021 hanya ada satu warna sahaja. MateBook D 14 dan D 15 datang dalam warna Mystic Silver. MateBook 14 pula berwarna Space Grey dan MateBook X Pro berwarna Emerald Green.

Tags: HuaweiHuawei MatebookHuawei MateBook 14huawei matebook d 14Huawei MateBook D 15huawei matebook x pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei Malaysia lancar 4 laptop 2021: MateBook D 14, MateBook D 15, MateBook 14 & MateBook X Pro

Huawei Malaysia lancar 4 laptop 2021: MateBook D 14, MateBook D 15, MateBook 14 & MateBook X Pro

20 April 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER