• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Chanel kalah kepada Huawei dalam kes mahkamah di Eropah

  • OLEH Najib
  • 3:41 pm
  • 22/04/2021
  • Komen
Chanel kalah kepada Huawei dalam kes mahkamah di Eropah
Share on FacebookShare on Twitter

Chanel, jenama fesyen terkenal di dunia, telah tewas dalam percubaan mereka untuk menghalang Huawei dari menggunakan logo Huawei AI yang dikatakan sangat mirip dengan logo Chanel. Perkara ini diputuskan oleh Mahkamah Umum EU di Luxemborg.

Dalam keputusan penghakimannya, mahakamah EU memutuskan bahawa logo tersebut berkongsi beberapa perkara yang sama, tetapi memiliki perbezaan visual yang ketara. Logo Chanel lebih bulat dan garisnya tebal.



Huawei AI (kiri), Chanel (kanan)

Perkara ini bermula pada tahun 2017, apabila Huawei mendaftarkan perlindungan tanda dagang logo tersebut untuk kegunaan perkakas komputer. Perkara ini dibantah oleh Chanel, mengatakan bahawa ia sangat serupa dengan logo mereka yang popular dalam pasaran minyak wangi, pakaian dan aksesori.

Pada tahun 2019, Pejabat Harta Intelek EU telah menolak bantahan Chanel, menyatakan bahawa tiada persamaan pada logo mereka dan Huawei AI. Malah, orang ramai tidak akan keliru apabila melihat kedua-dua logo tersebut. Selepas itu, Chanel membawa kes mereka ke Mahkamah Umum dan keputusannya kini, masih tidak memihak kepada mereka.



Aplikasi Huawei AI Life

Tribunal hakim menjelaskan, rupa bentuk yang dikatakan serupa itu tidak sama. Ia mestilah serupa untuk dibandingkan, tanpa mengubah orientasi. Malah, logo Chanel lebih bulat, tebal garisannya dan mendatar. Manakala logo Huawei AI menegak. Ini menunjukkannya ia berbeza.

Keputusan Mahkamah Umum ini bagaimanapun, masih boleh dirayu di Mahkamah Keadilan Eropah.

[Sumber: BBC]

Tags: ChanelHuawei
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Chanel kalah kepada Huawei dalam kes mahkamah di Eropah

Chanel kalah kepada Huawei dalam kes mahkamah di Eropah

22 April 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN