• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 Tips untuk bersenam ketika puasa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:39 am
  • 25/04/2021
  • Komen
5 Tips untuk bersenam ketika puasa
Share on FacebookShare on Twitter

Bersenam ketika bulan Ramadan mungkin sukar kerana anda tidak dapat minum air atau makan dari subuh sehingga terbenamnya matahari. Tetapi, ada cara yang boleh membuatkan anda kekal cergas dan aktif bersenam.

Berikut merupakan 5 tips yang anda boleh lakukan untuk bersenam ketika berpuasa.



1. Hidrat pada waktu pagi

Minum air sebanyak mungkin antara waktu berbuka dan bersahur dapat membantu mengurangkan risiko dehidrasi pada waktu siang, terutamanya jika anda merancang untuk bersenam.

Menurut Sunny Salique, jurulatih peribadi dan duta untuk Bio-Synergy, dia biasanya meminum sekitar empat gelas air besar sebelum waktu sahur tamat. Ianya untuk memastikan dia terhidrasi pada hari berikutnya.



https://www.instagram.com/p/BdyFENeH6Du/?utm_source=ig_embed

2. Bersenam pada waktu sesuai

Puasa berbeza bagi setiap orang, jadi jika anda tidak mampu untuk bersenam waktu pagi, anda boleh lakukannya selepas berbuka. Oleh itu, anda tidak akan risau mengenai dehidrasi. Selain itu, anda boleh juga lakukan senaman selepas bersahur, bergantung pada kesesuaian diri anda.

Menurut Souad Gharib, pemilik perkhidmatan latihan wanita, dia mengatakan bahawa melakukan senaman pada awal hari dapat membantu dirinya rasa bertenaga pada waktu petang.

3. Makan sahur yang mencukupi

Makanlah makanan sahur dengan menu yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oat, kacang, kurma dan pisang. Ia akan memberi anda tenaga pelepasan perlahan sepanjang hari dan membuat anda kenyang lebih lama.

Sumber

4. Bersenam walapun 10 minit

Sekiranya anda tidak mempunyai tenaga untuk bersenam selama 45 minit, pertimbangkan untuk melakukan aktiviti ringan lain yang anda boleh. Contohnya melakukan renggangan, yoga ataupun berjalan-jalan walaupun hanya 10 minit.

Ini akan membantu membentuk kesejahteraan mental anda. Duduk atau tidur sepanjang hari hanya akan membuatkan anda merasa lebih letih.

5. Makan dengan bahagian yang betul

Anda perlu makan secara sederhana dan mengambil kira bahagian yang betul, untuk mendapatkan tenaga yang lebih baik pada setiap hari di bulan Ramadan. Apabila tenaga cukup, barulah anda boleh bersenam.

Antaranya ‘suku suku separuh’. Suku nasi/roti, suku daging dan separuh buah/sayuran.

[Sumber: Independent]

[Sumber gambar: Squat Wolf]

Tags: ramadanramadan 2021
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
5 Tips untuk bersenam ketika puasa

5 Tips untuk bersenam ketika puasa

25 April 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER