• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah pemakaian topeng muka di tempat awam masih munasabah?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:17 am
  • 26/04/2021
  • Komen
Cara betul basuh topeng guna semula menurut saintis
Share on FacebookShare on Twitter

Di belah barat sana, sudah mula kedengaran cakap-cakap tentang kewajaran pemakaian pelitup muka/topeng muka di tempat awam. Antara alasan untuk kita menyemak semula polisi pemakaian pelitup muka ialah seperti:

  • Kita kini lebih memahami perihal COVID-19 terutamanya pada cara penyebaran
  • Kebarangkalian dijangkiti COVID-19 bila berada di kawasan terbuka sangat rendah berdasarkan kajian saintifik.

Artikel tersebut telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen dan seperti biasa ada kumpulan yang menyokong dan ada yang tidak. Dalam kumpulan yang menyokong, ada juga yang berada dalam kelompok pakar kesihatan.



I must agree. I am generally a hawk about maintaining rules with a clear benefit. Outdoor masking has notable costs and really no evidence of benefits https://t.co/tYTDm9slVX

— Marc Lipsitch (@mlipsitch) April 19, 2021

Di pihak WHO pula, mereka menyimpulkan pemakaian pelitup muka sebagai perlu sekiranya terdapat keraguan kerana ia lebih selamat. Paling penting ialah tidak menyentuh pelitup muka jika tiada keperluan dan jika tersentuh, tangan perlulah dibasuh sebelum menyentuh benda lain.

Sumber

Alasan untuk tidak memakai pelitup muka disebabkan kos yang perlu ditanggung individu adalah agak rapuh.



Harga pelitup muka di Malaysia kini sedang dikawal oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Berdasarkan maklumat bertarikh 1 November 2020, harga pelitup muka 3 lapisan yang disarankan untuk kita pakai ialah RM0.70/unit manakala untuk gred N95, ia berada pada RM6.00.

Sumber

Polisi di Malaysia

Negara kita mewajibkan pemakaian pelitup muka apabila berada di luar.

Walau bagaimanapun, ada beberapa pengecualian diberikan seperti ketika beriadah. Namun, individu diarahkan untuk memakai pelitup muka kembali apabila aktiviti selesai.

Sumber

Polisi di negara serantau

Singapura mewajibkan pemakaian topeng muka untuk individu yang berusia 6 tahun ke atas sejurus mereka meninggalkan rumah. Namun, pengecualian diberikan untuk yang melakukan aktiviti intensif seperti berlari, joging, berbasikal, dan beberapa aktiviti lain.

Sumber

Thailand telah memperketat polisi pemakaian topeng muka mereka. Di 31 wilayah terlibat, denda TBH 20 ribu (RM2,616) akan dikenakan. Baki 45 wilayah lain masih mengekalkan polisi asal di bawah Akta Penyakit Berjangkit mereka iaitu denda sehingga TBH 4 ribu (RM523) sekiranya gagal memakai pelitup muka di tempat awam.

Fillipina pula mengkehendakkan penduduknya memakai topeng muka dan pelindung muka sejurus mereka berada di luar. Malah mereka sangat menyarankan pemakaian topeng muka bila berada dalam kenderaan, walaupun bergerak bersama anggota isi rumah.

Kesimpulan

Pada saya pemakaian pelitup muka di tempat awam masih munasabah sehinggalah pihak pemimpin mengatakan sebaliknya, kerana mereka memiliki kepakaran yang secukupnya untuk memuktamadkan hal berkenaan.

Di Malaysia, kita boleh merujuk pada Majlis Keselamatan Negara untuk SOP terkini tentang pemakain pelitup muka. Selain di laman web, mereka juga kerap mengemas kini info terbaru melalui saluran Telegram mereka.

Tags: COVID-19pelitup muka
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Cara betul basuh topeng guna semula menurut saintis

Adakah pemakaian topeng muka di tempat awam masih munasabah?

26 April 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER