• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Luno hapus caj deposit untuk tambah nilai melalui FPX melebihi RM100

  • OLEH Najib
  • 6:48 pm
  • 30/04/2021
  • Komen
Luno hapus caj deposit untuk tambah nilai melalui FPX melebihi RM100
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Luno di Malaysia akan boleh menikmati lebih pulangan apabila Luno mengumumkan bahawa mereka akan mengecualikan bayaran deposit RM0.70 untuk penghantaran melalui FPX. Pengecualian bayaran ini berkuatkuasa dari 5 Mei 2021.

Tetapi pengecualian ini diberikan hanya untuk deposit FPX dengan jumlah minima RM100. Deposit kurang dari RM100 masih dikenakan caj RM0.70 untuk setiap transaksi. Ia dilaporkan untuk membayar kos dalaman memproses deposit. Lain-lain caj berkaitan jual/beli dan caj pengeluaran masih kekal tidak berubah.



Buat masa ini, deposit wang ke Luno masih percuma melalui Interbank GIRO tetapi ia mengambil masa lebih lama untuk masuk ke dalam akaun. FPX menyediakan penghantaran masa nyata dan dikenakan caj RM0.70 untuk setiap transaksi, tidak mengira jumlah. Pengguna juga boleh memohon untuk mengeluarkan wang menerusi Interbank GIRO dan ia dikenakan caj RM0.10 setiap transaksi.

Luno merupakan salah satu dari platform Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar di Malaysia, yang dibenarkan untuk menguruskan jual beli matawangkripto. Buat masa ini, Luno menyokong empat matawangkripto iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC) dan Ripple (XRP). Bitcoin Cash (BCH) akan disokong tidak lama lagi kerana ia baru sahaja diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.



[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Luno
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Luno hapus caj deposit untuk tambah nilai melalui FPX melebihi RM100

Luno hapus caj deposit untuk tambah nilai melalui FPX melebihi RM100

30 April 2021
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER