• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy M12 akan dilancar dengan diskaun 25% pada 5 Mei

  • OLEH Najib
  • 1:23 pm
  • 02/05/2021
  • Komen
Samsung Galaxy M12 akan dilancar dengan diskaun 25% pada 5 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia akan membawakan satu lagi telefon pintar mampu milik ke Malaysia. Ia adalah Galaxy M12 dan akan dijual secara eksklusif dalam talian, sama seperti siri Galaxy M yang lain.

Galaxy M12 akan mula dijual di Stor Rasmi Samsung di Shopee, pada 5 Mei 2021. Khas sebagai promosi pengenalan, ia akan dijual dengan diskaun sebanyak 25% iaitu:



  • Samsung Galaxy M12 – RM799 RM599

Bagaimanapun, Stor Samsung di Shopee tidak menyatakan berapakah RAM dan storan untuk Galaxy M12 ini. Melihatkan ia telah dijual di United Kingdom, ia mungkin hadir bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB.

Spesifikasi

Galaxy M12 telah dilancarkan di pentas antarabangsa pada bulan April lepas. Ia dikuasakan oleh cip 8-teras dengan kelajuan sehinga 2.0Ghz, yang belum diketahui jenisnya. Baterinya sebesar 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 15W melalui port USB-C.



Walaupun skrin Galaxy M12 hanyalah beresolusi HD 720p, ia memiliki kadar penyegaran setinggi 90Hz. Skrin LCD ini seluas 6.5-inci dan pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Kamera belakangnya ada 4, gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 5MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 8MP, terletak di dalam takuk V kecil di dahi skrin.

Samsung Galaxy M12 dilengkapi sistem operasi Android 11 terkini, bersama antaramuka One UI. Ia dijangka akan menerima kemaskini sistem operasi sebanyak 3 kali dan kemaskini keselamatan 4 tahun, jika Samsung menepati janjinya.

Terdapat tiga warna disenaraikan di laman web Samsung UK untuk Galaxy M12 iaitu hitam, biru dan hijau.

Tags: samsungSamsung Galaxy m12
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy M12 akan dilancar dengan diskaun 25% pada 5 Mei

Samsung Galaxy M12 akan dilancar dengan diskaun 25% pada 5 Mei

2 May 2021
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN