• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instagram sedang uji satu fungsi yang sudah lama ditunggu ramai

  • OLEH Najib
  • 4:09 pm
  • 17/05/2021
  • Komen
Instagram sedang uji satu fungsi yang sudah lama ditunggu ramai
Share on FacebookShare on Twitter

Populariti Instagram sebagai media sosial bergambar telah melahirkan banyak selebriti dan influencer di platform tersebut. Bagaimanapun, aplikasi ini hanya membenarkan muat naik gambar dan video menerusi peranti mudah alih sahaja, tidak boleh di komputer.

Tetapi satu penemuan oleh Alessandro Paluzzi mendapati Instagram sedang menguji fungsi untuk memuat naik gambar atau video dari pelayar komputer. Ciri ini didapati sedang diuji secara dalaman oleh Instagram dan tidak terdapat pada pengguna.



Paluzzi berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan fungsi ini sedang diuji dan menyatakan, ia mungkin diubah oleh Instagram sebelum ia dilepaskan untuk pengguna. Ujian ini bagaimanapun menunjukkan muat naik untuk gambar dan video biasa sahaja, bukan di Story atau Reel.

#Instagram is working on the ability to create posts from the desktop website 👀 pic.twitter.com/pATuOHiTGE

— Alessandro Paluzzi (@alex193a) May 14, 2021

Cara untuk muat naik ini adalah sama seperti di aplikasi mudah alih. Bermula dengan memilih gambar atau video untuk dimuat naik, kemudian memilih nisbah gambar, diikuti pilihan penapis dan akhir sekali menambah perkataan, lokasi dan tag rakan. Terdapat juga tetapan Advance di mana pengguna boleh mematikan ruang komen.



Perkara ini hanyalah salah satu penemuan ujian dalaman, bukannya pengumuman rasmi dari Instagram atau ditemui oleh pengguna biasa. Jadi tidak diketahui sama ada fungsi ini akan dapat dilihat dalam masa terdekat.

[Sumber: PhoneArena]

Tags: instagram
Najib

Najib

POPULAR

Instagram sedang uji satu fungsi yang sudah lama ditunggu ramai

Instagram sedang uji satu fungsi yang sudah lama ditunggu ramai

17 May 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN