• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh diguna di Malaysia menerusi kemaskini watchOS 7.5

  • OLEH Najib
  • 11:30 am
  • 18/05/2021
  • Komen
Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh diguna di Malaysia menerusi kemaskini watchOS 7.5
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, pengguna Apple Watch di Malaysia boleh menggunakan fungsi ECG (elektrokardiogram) yang terdapat di dalam jam pintar tersebut. Perkara ini ditemui di dalam kemaskini terbaru watchOS 7.5 RC (Release Candidate) yang diterima oleh pembangun perisian.

Di dalam senarai perubahan kemaskini tersebut, ia menyatakan bahawa sokongan ECG dan notifikasi denyutan nadi tidak sekata akan diaktifkan untuk Malaysia dan Peru.



RC adalah versi Beta yang paling menghampiri versi akhir sebelum dilepaskan kepada pengguna. Kemaskini watchOS 7.5 RC ini dikeluarkan seminggu selepas watchOS 7.5 Beta 3 dilepaskan. Selain sokongan ECG untuk 2 negara, kemaskini ini juga menyatakan akses kepada kandungan langganan di aplikasi Podcast dan sokongan Apple Card Family Sharing.

Sebelum ini, fungsi ECG di Apple Watch telah dilaporkan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Februari lepas. Pendaftaran ini sah dari 1 Februari 2021 sehingga 31 Januari 2026.



Fungsi ECG di Apple Watch hanya terdapat di Apple Watch Series 4, Series 5 dan Series 6. Apple Watch SE yang baru dan lebih murah, tidak memiliki fungsi ECG. Apabila sudah diaktifkan kelak, pengguna Apple Watch yang serasi boleh menggunakannya dengan melancarkan aplikasi dan memegang jari di butang Digital Crown selama 30 saat. Ketahui lebih lanjut tentang fungsi ini di sini.

Terima kasih @murtaza_mustafa untuk tip ini!

[Sumber: 9to5mac]

Tags: appleapple watchApple Watch series 6
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh diguna di Malaysia menerusi kemaskini watchOS 7.5

Fungsi ECG di Apple Watch akan boleh diguna di Malaysia menerusi kemaskini watchOS 7.5

18 May 2021
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER