• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple iMac lebih nipis berkuasa M1 boleh dibeli di Malaysia sekarang

  • OLEH Najib
  • 12:46 pm
  • 24/05/2021
  • Komen
Apple iMac lebih nipis berkuasa M1 boleh dibeli di Malaysia sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Malaysia telah memulakan penjualan tablet baru iPad Pro berkuasa cip Apple M1 minggu lepas. Hari ini, komputer terbaru mereka, iMac 2021 dengan kuasa cip M1 dan penuh warna-warni pula boleh mula dibeli di Malaysia.

Harga jualan Apple iMac 2021 bermula dari RM5,599 dan boleh mencecah sehingga lebih RM10,000. Tempahan telah mula dibuka hari ini di Stor Online Apple Malaysia.



Terdapat dua pilihan utama untuk iMac 2021. Pertama dengan cip Apple M1 yang memiliki 8-teras CPU dan 7-teras GPU. Ia memiliki port lebih sedikit dan hanya 4 warna pilihan. Harganya bermula dari RM5,599.

Pilihan kedua memiliki cip Apple M1 lebih berkuasa, dengan 8-teras CPU dan 8-teras GPU, serta tambahan 2 lagi port USB 3.0 dan port LAN Gigabit. Harganya bermula dari RM6,449 dan ada 7 warna boleh dipilih.



Untuk iMac pilihan pertama, perkakasnya boleh diubahsuai sehingga RAM 16GB dan storan sehingga 1TB. Penggandaan RAM dari 8GB ke 16GB perlu membayar RM800. Sama juga untuk storan, bila digandakan dari 256GB ke 512GB dan seterusnya, setiap satu dikenakan bayaran tambahan RM800.

Bagi iMac pilihan kedua dengan 8-teras GPU, kenaikan harga yang sama juga dikenakan. Tetapi kenaikan storan dari 1TB kepada 2TB perlu membayar RM1,600.

Tempahan iMac 2021 boleh mula dibuat hari ini menerusi Stor Online Apple Malaysia. Penghantaran dijadualkan antara 3-5 hari bekerja. Jika pilihan konfigurasi dinaik taraf, penghantaran mengambil masa sehingga 5-6 minggu untuk disiapkan.

Konfigurasi tertinggi untuk iMac 2021 adalah dengan pilihan kedua yang memiliki cip Apple M1 dengan 8-teras GPU, RAM 16GB, storan 2TB dan datang bersama Magic Mouse dan Magic Trackpad, menjadikan harga RM10,938. Pilihan ini tidak termasuk perisian tambahan seperti Final Cut Pro (RRP: RM1,299) dan Logic Pro (RRP: RM799).

Untuk pilihan warna, bagi iMac 2021 dengan 7-teras GPU, ia boleh dipilih antara warna biru, hijau, merah jambu dan perak. Untuk iMac 2021 yang lebih berkuasa dengan 8-teras GPU, warna tambahan adalah kuning, oren dan ungu.

Spesifikasi

Apple iMac 2021 memiliki paparan besar 24-inci Retina Display 4.5K (4480×2520 piksel), dikuasakan oleh cip terbaru Apple M1 yang turut terdapat di iPad Pro 2021, MacBook Air dan MacBook Pro. Komputer ini kini jauh lebih nipis dari sebelumnya dengan ketebalan hanya 11.5mm, terima kasih kepada penggunaan cip M1 yang tidak memerlukan kipas untuk sistem penyejukan. Menurut Apple, cip M1 memberikan 85% prestasi CPU lebih tinggi berbanding iMac 21.5-inci yang lepas.

Apple turut menyediakan pilihan warna yang serupa untuk papan kekunci Magic Keyboard dan tetikus Magic Mouse. Papan kekunci ini turut memiliki pengimbas capjari Touch ID (untuk iMac 2021 dengan 8-teras GPU) dan kekunci skrin di iMac 2021 yang berkuasa rendah.

Selain itu, iMac 2021 turut hadir dengan sistem bunyi lebih berkuasa melalui pemasangan 6-speaker, yang menyokong audio spatial dan Dolby Atmos. Komputer ini juga masih mengekalkan jek audio 3.5mm tetapi telah membuang slot kad SD.

Tags: appleApple iMac
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Apple iMac lebih nipis berkuasa M1 boleh dibeli di Malaysia sekarang

Apple iMac lebih nipis berkuasa M1 boleh dibeli di Malaysia sekarang

24 May 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER