• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Firmware baharu Insta360 One R tambah fungsi seperti Horizon Lock, Car Multiview, macam-macam lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:45 pm
  • 25/05/2021
  • Komen
Insta360 One R, Kamera Modular Yang Gabungkan Fungsi GoPro Hero 8 dan Max Dalam Satu Pakej
Share on FacebookShare on Twitter

Insta360 One R ialah sebuah kamera yang versatile disebabkan lensanya boleh ditukar ganti. Melalui kemas kini terbaru yang telah diterbitkan pengeluarnya, anda boleh jangkakan yang keupayaannya telah dipertingkat ke tahap yang lebih tinggi.

Ada pelbagai ciri baharu yang diumumkan. Dimulakan dengan Horizon Lock dan Horizon Flip. Video yang menggunakan fungsi Horizon Lock akan dapat garisan ufuk akan kekal mendatar tetapi subjek akan berpusing-pusing disekeliling bingkai misalnya Ketika lakukan barrel roll dalam pesawat.



View post on imgur.com

Ia bertentangan pula Horizon Flip yang menjadikan garisan ufuk berpusing mengikut kamera.

View post on imgur.com

Bila anda menunggang motorsikal, fungsi Overtaker akan mengesan subjek, mengunci framing, dan mengikut subjek hingga kebelakang. Ia boleh diaktifkan bila anda gunakan lensa 360°. Dengan lensa yang sama, ciri Car MultiView pula bolehkan anda lihat dua framing video, satu depan dan satu belakang berbanding video berbentuk sfera yang biasa diambil menggunakan kamera keliling.



View post on imgur.com

Ciri rakaman secarap loop juga diperkenalkan dalam firmware baru ini. Ia berguna sekiranya, dalam waktu, kecemasan anda perlu gunakan kamera  sebagai perakam dashcam.

Lebih penting, kamera kini boleh rakam dalam resolusi 4K tapi pada kadar setinggi 50fps. Lagi tentang kualiti gambar,  melalui profil warna yang baharu, pengelurnya mengatakan yang hasil video dan gambar akan jadi lebih cantik daripada segi warna.

Selain firmware baharu, Insta360 juga memperkenalkan alat kawalan jauh baharu yang dipanggil Roadie Remote. Ia berhubung dengan kamera melalui sambungan Bluetooth.

Tags: insta360insta360 one r
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Insta360 One R, Kamera Modular Yang Gabungkan Fungsi GoPro Hero 8 dan Max Dalam Satu Pakej

Firmware baharu Insta360 One R tambah fungsi seperti Horizon Lock, Car Multiview, macam-macam lagi

25 May 2021
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN