• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kedai konsep MSI BB Park akan ditutup, beri cadangan tentang kedai baru & menangi hadiah eksklusif

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:36 pm
  • 04/06/2021
  • Komen
Kedai konsep MSI BB Park akan ditutup, beri cadangan tentang kedai baru & menangi hadiah eksklusif
Share on FacebookShare on Twitter

Kedai konsep MSI yang terletak di BB Park, Bukit Bintang akan dipindahkan ke satu lokasi yang belum dinyatakan, dan 15 Jun 2021 akan menjadi hari terakhir perniagaan MSI di situ. Menurut MSI, kedai konsep baru dijadualkan dibuka pada separuh kedua tahun ini dan masih terletak di pusat bandar.

Cawangan MSI BB Park

Dibuka pada tahun 2017, kedai konsep dua tingkat ini bukan hanya sebuah kedai biasa, tetapi ini merupakan lokasi untuk anda melibatkan diri dalam dunia permainan digital.



Tingkat bawah dipenuhi dengan pelbagai jenis produk permainan, dari komputer riba hingga ke aksesori permainan yang boleh dicuba. Di tingkat atas pula ada beberapa bengkel dan Gaming Arena untuk disertai oleh para pemain.

Berikut merupakan gambar perkongsian MSI BB Park sebelum PKP dilaksanakan.



Disebabkan MSI akan berpindah lokasi, mereka mengadakan kempen untuk mengumpul cadangan dan harapan dari pelanggan mengenai lokasi baru mereka nanti.

Beri cadangan dan menangi hadiah

Untuk menyertainya, anda hanya perlu berikan maklum balas, apa yang anda harap untuk dilihat pada kedai konsep baru itu nanti. Komen yang bertuah akan mendapat peluang untuk memenangi hadiah eksklusif. Cara penyertaan adalah seperti di bawah:

  1. Sertai Facebook group MSI Malaysia Dragon Army
  2. Komen idea anda di bawah post mengenai kempen ini.
  3. Pemenang akan diumumkan dalam group tersebut setelah kempen berakhir.

Sebelum lokasi kedai konsep baru diumumkan, anda masih boleh mencuba produk MSI di kedai MSI (G-K003A), tingkat bawah Plaza Low Yat . Untuk masalah perkhidmatan produk pula, anda boleh lihat halaman lokasi perkhidmatan MSI. Tetapi, memandangkan PKP menghadkan jarak perjalanan, jadi sebagai alternatif, anda boleh kunjungi kedai dalam talian rasmi MSI.

Tags: MSI
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kedai konsep MSI BB Park akan ditutup, beri cadangan tentang kedai baru & menangi hadiah eksklusif

Kedai konsep MSI BB Park akan ditutup, beri cadangan tentang kedai baru & menangi hadiah eksklusif

4 June 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN