• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Parti Politik berasaskan Sains pertama akan didaftar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:24 pm
  • 09/06/2021
  • Komen
Parti Politik berasaskan Sains pertama akan didaftar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula sebagai satira kepada parti PAS di twitter, Parti Aspirasi Sains Malaysia (SAINS) mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Ini kerana mereka telah menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini.

Dalam kenyataan rasminya, SAINS menjelaskan bahawa ia ditubuhkan sebagai platform bagi rakyat Malaysia untuk menggubal dasar-dasar awam berasaskan sains dan data yang terbukti. Tiga dasar utamanya adalah untuk membangunkan Malaysia sebagai negara Anti-Kemiskinan, membentuk ekonomi berpusatkan manusia serta pembangunan lestari.



[Kenyataan Media] Penyerahan Pemohonan untuk Pendaftaran Parti Aspirasi Sains Malaysia (SAINS) kepada JPPM hari ini – 09 Jun 2021 pic.twitter.com/cfHfS13Inm

— Parti Aspirasi Sains Malaysia (SAINS) 🪐 (@PASSPusat) June 9, 2021

SAINS juga akan menjadi parti politik sains pertama di negara dengan meritokrasi termaktub di dalam perlembagaannya, seiring dengan pendekatan berdasarkan keperluan dan bukti. Misi SAINS juga adalah untuk meningkatkan kesaksamaan peluang bagi semua rakyat Malaysia dan mendorong negara ke arah ilmiah, melalui penerapan sains dan akal tanpa mengira etnik, jantina atau agama.

SAINS menegaskan lagi bahawa struktur parti mereka tidak akan mempunyai sayap pemuda atau berasaskan jantina dan tidak juga akan mengikut kedudukan organisasi tradisional. SAINS juga membezakan dirinya sebagai rumah bagi rakyat Malaysia yang belum memihak dengan mana-mana parti politik sekarang yang berasaskan kaum, agama, perseorangan atau generasi.



SAINS kini mendaftar dengan lebih daripada 250 anggota parti dan 15 anggota jawatankuasa di dalam badan eksekutif. SAINS berharap agar dapat menyalakan semangat untuk sentiasa mengejar ilmu pengetahuan dan mendorong negara ke masa depan politik Malaysia yang lebih cerah, dipimpin oleh pemimpin yang rasional.

Kenneth Chai

Bercakap kepada Malay Mail, Presiden pro-term dan pengasas, Kenneth Chai menjelaskan bahawa idea parti ini datangnya sebagai satira, dengan huruf permulaannya sama dengan PAS. Beliau hanya mengacau dan sarkastik kepada ahli PAS pada mulanya, berkenaan keputusan dan langkah parti tersebut. Kemudian seorang ahli PAS menghantar mesej peribadi memintanya berhenti menggunakan nama parti. Jadi, beliau mengambi keputusan untuk menubuhkan parti sendiri.

Tambah Chai lagi, pengikutnya di Twitter mengetahui bahawa dirinya sering bercakap, berbincang dan mengkritik mengenai Sains kerana dia adalah guru STEM. Sebab itu beliau memulakan Parti Ajaran Sains sebagai satira buat mereka.

Chai memperkenalkan dirinya sebagai pendidik dan petani, memegang Ijazah Sarjana di dalam Masa Depan Tenaga. Pendorong utama untuk dia menubuhkan parti politik adalah apabila dia menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak lagi memihak kepada sesebuah parti.

Parti politik masakini kebanyakannya berasaskan bangsa atau agama, atau untuk menjadikan seseorang sebagai Perdana Menteri, dan kebanyakannya adalah lelaki yang sudah berumur. Dia merasakan bahawa perlu ada parti yang merentasi semua ini dan menyediakan platform yang memberi fokus kepada polisi berdasarkan bukti, sains dan akal, bukan warna kulit atau apa yang dianuti oleh nenek moyang.

Logo Parti SAINS

Chai menambah, parti telah menyenaraikan 8 orang ahli jawatankuasa eksekutif penubuh, termasuk dirinya sendiri. Mereka akan cuba mendapatkan kelulusan JPPM walaupun menyedari ia agak sukar, kerana parti lebih besar seperti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) dan Parti Pejuang Tanah Air, masih tidak berjaya dengan pendaftaran parti mereka.

Chai menjemput mereka yang telah penat dengan keadaan politik semasa yang tidak membawa ke mana-mana, bosan dengan perbincangan mengenai sesuatu yang tidak boleh dibuah seperti warna kulit dan jantina, untuk bersama dengan SAINS dan menjadi penggerak kepada masa hadapan politik Malaysia, dipimpin oleh ahli politik yang rasional.

Chai juga meminta orang ramai untuk memberi maklum balas dan buah fikiran tentang bagaimana perubahan boleh dilakukan. Parti SAINS akan mengadakan Simposium Saintifik mereka pada bulan September akan datang.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: Kenneth ChaiParti SAINS
Najib

Najib

POPULAR

Parti Politik berasaskan Sains pertama akan didaftar di Malaysia

Parti Politik berasaskan Sains pertama akan didaftar di Malaysia

9 June 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER