• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy XCover 5, peranti tahan lasak dengan 5 tahun kemaskini & bateri boleh ganti

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 29/06/2021
  • Komen
Samsung Galaxy XCover 5, peranti tahan lasak dengan 5 tahun kemaskini & bateri boleh ganti
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini memperkenalkan sebuah telefon pintar yang sangat tahan lasak untuk digunakan, Galaxy XCover 5. Bukan sahaja itu, ia juga datang dengan jaminan kemaskini selama 5 tahun, memastikan ia boleh digunakan untuk jangka waktu yang lebih lama daripada biasa.

Rekaan luar Galaxy XCover 5 dibina agar ia tahan lasak, di samping masih mudah dipegang dan digunakan sewaktu bertugas. Antaranya skrin sentuh mesra sarung tangan, serta bateri boleh ubah agar boleh digunakan sepanjang hari.



Sebagai peranti tahan lasak, Galaxy XCover 5 boleh menahan hentakan dan jatuh dari setinggi 1.5 meter. Ia juga kalis air dan debu IP68, bermakna boleh masuk air sedalam 1 meter lebih daripada 30 minit. Ini ditambah lagi dengan pengiktirafan ketenteraan MIL-STD810H.

Selain dari perkakas, Samsung memastikan keselamatan dalamannya dengan perlindungan perisian bertahap ketenteraan, Samsung Knox. Malah, Samsung menjamin kemaskini sistem operasi 2-tahun dan kemaskini keselamatan selama 5-tahun.



Samsung turut melengkapi telefon ini dengan butang khas XCover Key. Ia boleh ditetapkan untuk arahan pantas satu butang seperti lampu LED, panggilan kecemasan atau membuka peta. Fungsi walkie-talkie di Microsoft Teams turut disokong, bersama fungsi push-to-talk.

Kuasa Galaxy XCover 5 digerakkan oleh cip Samsung Exynos 850 8-teras, bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan.

Skrinnya seluas 5.3-inci dari jenis LCD TFT, dengan resolusi HD+. Hanya ada dua kamera di telefon ini, kamera hadapan 5MP F2.2 dan kamera belakang 16MP F1.8 dengan autofokus.

Bateri pula berkapasiti 3,000mAh dan ia boleh dicabut untuk diganti bila-bila masa. Jadi pengguna boleh sediakan bateri dicas penuh dan ditukar bila perlu. Kuasa pengecas pula disokong sehingga 15W melalui USB-C dan pin Pogo.

Bagaimanapun, Samsung Malaysia tidak menyatakan bila ia mula dijual dan berapa harganya. Mereka memaklumkan untuk melayari laman produk Galaxy XCover 5 serta menghubungi Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut. Ia mungkin tidak dijual untuk pengguna biasa.

Untuk rujukan, Galaxy XCover 5 telah dijual di United Kingdom pada harga GBP 329 (~RM1,892). Harga di Malaysia mungkin lebih rendah dari ini. Warna pula hanya satu disediakan iaitu warna hitam.

Tags: samsungSamsung Galaxy XCover 5
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy XCover 5, peranti tahan lasak dengan 5 tahun kemaskini & bateri boleh ganti

Samsung Galaxy XCover 5, peranti tahan lasak dengan 5 tahun kemaskini & bateri boleh ganti

29 June 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN