• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram uji kemampuan pelekat link pada Stories untuk kegunaan semua

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:04 pm
  • 30/06/2021
  • Komen
Instagram uji kemampuan pelekat link pada Stories untuk kegunaan semua
Share on FacebookShare on Twitter

Buat masa ini, Instagram hanya membenarkan pengguna yang disahkan atau mempunyai sekurang-kurangnya 10 ribu pengikut, untuk berkongsi pautan swipe up di Stories. Tetapi kini, Instagram sedang memulakan ujian baru yang dapat memperluas kemampuan berkongsi pautan di Stories kepada semua pengguna.

Namun, ia tidak hadir secara swipe up, tetapi pengguna dibenarkan berkongsi pautan dengan menggunakan pelekat (sticker) link.



Dapat dilihat melalui gambar di bawah, pelekat link beserta pautan web yang diperlukan diletakkan dalam stories. Maka, fungsinya sama sahaja seperti swipe up cuma individu yang melihatnya tidak perlu tolak skrin ke atas, cuma perlu tekan link yang tertera sahaja.

Selain itu, pengguna juga boleh memberi respon seperti komen kepada Stories yang mempunyai pelekat link. Kebolehan ini tidak sama dengan fungsi swipe up, kerana individu tidak boleh membalas komen kepada mana-mana stories yang mempunyai pautan itu.



Kini, ujian pelekat link dijalankan secara kecil, kerana Instagram mahu melihat bagaimana pengguna menggunakan fungsi ini dan pautan apa yang disertakan pada Stories mereka.

Selain itu, pihak Instagram mengatakan bahawa, menyertakan pautan adalah terhad kepada Stories sahaja. Mereka masih belum ada perancangan untuk membenarkannya di feed atau mana-mana bahagian lain di Instagram.

Kebiasaannya, individu akan kongsikan pelbagai aktiviti mereka di Stories, contohnya seperti berkunjung ke lokasi menarik, makan di restoran yang tular dan tentunya pelekat pautan ini dapat digunakan untuk dikaitkan dengan aktiviti mereka. Bahkan, ia juga membantu sekiranya pengguna ingin kongsikan artikel di luar Instagram melalui stories.

[Sumber: The Verge]

[Sumber gambar: Kicksta]

Tags: instagramInstagram Stories
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instagram uji kemampuan pelekat link pada Stories untuk kegunaan semua

Instagram uji kemampuan pelekat link pada Stories untuk kegunaan semua

30 June 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN