• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Smartphone for Snapdragon Insider, telefon ideal menurut visi Qualcomm

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:34 am
  • 09/07/2021
  • Komen
Smartphone for Snapdragon Insider, telefon ideal menurut visi Qualcomm
Share on FacebookShare on Twitter

Asus dan Qualcomm telah bekerjasama untuk hasilkan sebuah telefon untuk Snapdragon Insiders. Nama komersial yang digunakan mereka adalah Qualcomm Smartphone for Snapdragon Insider by Asus tapi saya hanya gelarkannya Qualcomm Snapdragon Insider untuk memudahkan cerita.

Asasnya tindakan ini adalah seperti program Google Pixel dulu, apabila Google bekerjasama dengan pengeluar-pengeluar telefon untuk keluarkan sebuah telefon yang dirasakan sempurna pada mata Google.



Telefon Snapdragon Insider diperkasa SoC Snapdragon 888 5G, cip flagship paling berkuasa setakat ini. Tapi kelebihan telefon ini berbanding yang lain adalah Qualcomm mengatakannya menyokong paling banyak jaluran 5G sama ada sub-6 ataupun mmWave.

Bersama-sama SoC itu, anda terima RAM 16GB LPDDR5 dan juga storan 512GB.



Di bahagian muka, Asus meletakkan panel AMOLED 6.78” dengan refresh rate 144Hz. Selain mampu mencapai tahap kecerahan 1.2k nits, ia juga mampu memaparkan kandungan visual dalam piawaian HDR10+ dan HDR10.

Untuk penimejan, ia dlengkapi kamera 64MP, 12MP (ultralebar), dan 8MP (telefoto).

Qualcomm tak melepaskan peluang untuk memperagakan teknologi-teknologi baharu mereka. Pengguna telefon Snapdragon Insider adalah antara yang pertama menikmati manfaat Snapdragon Sound, piawaian baharu Qualcomm untuk menambah baik pengalaman audio pada sudut latensi, penyaring hingar, dan bitrate audio. Ia didatangkan bersama earbuds Snapdragon Sound.

Bukan itu saja. Telefon ini turut menyokong Qualcomm Quick Charge 5 untuk mengisi bateri 4,000mAh-nya. Biasanya pengeluar lain lebih gemar menggunakan teknologi proprietari bagi melariskan produk pengecasan mereka.

Asus Snapdragon Insider ini akan mula dijual di beberapa pasaran terpilih pada tarikh yang tidak diumumkan tapi harganya ialah USD1,499 (RM6,218) seunit.

Sumber: Engadget, Qualcomm

Tags: asusasus snapdragon insiderQualcommsnapdragon 888snapdragon insider
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Smartphone for Snapdragon Insider, telefon ideal menurut visi Qualcomm

Smartphone for Snapdragon Insider, telefon ideal menurut visi Qualcomm

9 July 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN