• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Semak Instagram anda jika pernah digodam dengan ciri baru Security Checkup

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:06 pm
  • 14/07/2021
  • Komen
Semak Instagram anda jika pernah digodam dengan ciri baru Security Checkup
Share on FacebookShare on Twitter

Instagram melancarkan ciri baru yang dikenali sebagai Security Checkup. Ciri ini akan menyediakan beberapa langkah untuk melindungi akaun pengguna yang mungkin pernah digodam.

Antara langkah yang disediakan termasuklah memeriksa aktiviti log masuk, melihat kembali maklumat profil, mengesahkan akaun yang berkongsi maklumat log masuk seperti akaun Facebook serta mengemas kini maklumat pemulihan akaun seperti nombor telefon atau e-mel.



Dengannya, pengguna boleh memeriksa sama ada e-mel, nombor telefon, profil dan maklumat login mereka betul ataupun tidak.

5 langkah perketat keselamatan Instagram

Namun, ada 5 langkah lain Instagram sarankan agar semua pengguna lakukan untuk menjadikan akaun mereka lebih selamat. Berikut merupakan apa yang anda perlu lakukan:



  1. Aktifkan pengesahan dua-faktor (two-factor authentication)

Anda boleh aktifkan pengesahan ini pada bahagian tetapan. Pilih security kemudian tekan Two-factor Authentication. Buat masa ini, hanya ada dua cara tersedia untuk anda dapatkan pengesahan iaitu melalui Authentication App dan Text Message.

Tetapi, tidak lama lagi, pengguna boleh menggunakan WhatsApp untuk melindungi akaun Instagram. Namun ia hanya akan dilancarkan di negara-negara tertentu sahaja.

  1. Kemas kini nombor telefon dan e-mel

Pastikan e-mel dan nombor telefon anda dikemaskini. Oleh itu, sekiranya sesuatu berlaku pada akaun anda, Instagram tetap boleh menghubungi anda. Langkah-langkah ini juga membolehkan anda menemui semula akaun anda walaupun maklumat telah diubah oleh penggodam.

  1. Sekat DM yang meminta kata laluan

Instagram tidak akan pernah menghantar Direct Message (DM – Mesej terus) kepada pengguna. Namun, ada juga pengguna yang mencurigakan mencuba DM pengguna lain untuk mendapatkan kata laluan.

Apabila Instagram mengetahui tentang penipuan seperti ini, mereka telah mengambil tindakan terhadapnya. Tetapi pengguna juga perlu bertindak melaporkan kandungan dan menyekat akaun tersebut. Sekiranya Instagram ingin menghubungi anda mengenai akaun anda, mereka melakukannya melalui tab Emails from Instagram dalam bahagian tetapan.

  1. Lapor kandungan dan akaun yang tidak sesuai

Anda boleh melaporkan kandungan individu lain yang anda rasa tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum. Tekan pada tiga titik di atas gambar atau video itu dan pilih report this post. Anda juga boleh laporkan perkara lain pada pihak Instagram contohnya komen dan akaun pengguna itu.

  1. Aktifkan permintaan masuk (login request)

Apabila anda mengaktifkan login request, anda akan menerima amaran setiap kali seseorang cuba log masuk ke akaun anda dari peranti atau penyemak imbas web. Lalu Instagram akan memberitahu anda peranti mana yang cuba log masuk dan di mana ia berada. Anda boleh menyetujui atau menolak permintaan tersebut dengan segera dari peranti yang sudah anda log masuk.

Untuk mengaktifkannya, anda perlu pergi ke Two-factor Authentication, pilih additional methods dan aktifkan Login requests.

Selain memperketatkan keselamatan, Instagram juga telah membuat kemas kini pada Support Inbox. Melaluinya, anda boleh lihat semua status laporan yang pernah dilakukan. Selain itu, anda juga boleh memeriksa perkongsian anda yang dipadam kerana melanggar polisi Instagram, serta memohon untuk dapatkannya semula di situ.

[Sumber: 9TO5Mac, Instagram]

Tags: instagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Semak Instagram anda jika pernah digodam dengan ciri baru Security Checkup

Semak Instagram anda jika pernah digodam dengan ciri baru Security Checkup

14 July 2021
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER