• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perkembangan Vaksin COVID-19 #18: Syarat datang terus untuk vaksin & Malaysia luluskan vaksin Sinopharm

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:43 pm
  • 23/07/2021
  • Komen
Perkembangan Vaksin COVID-19 #18: Syarat datang terus untuk vaksin & Malaysia luluskan vaksin Sinopharm
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang diketengahkan ialah CITF telah melancarkan Operation Surge Capacity (Operasi Kapasiti Lonjak), pusat vaksinasi benarkan datang terus (walk-in) tetapi dengan syarat tertentu, adakah Malaysia benar-benar menghentikan pemberian vaksin Sinovac?

1. Malaysia sasar beri vaksin kepada semua orang dewasa dalam Oktober 2021

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah menetapkan sasaran baru iaitu, 100% individu dewasa di Malaysia diberi vaksin sepenuhnya pada Oktober 2021. Beliau juga mensasarkan hampir semua negeri mencatatkan sekurang-kurangnya 50% paras vaksinasi pada akhir bulan Ogos dan kadar vaksinasi 70% untuk semua negeri pada bulan September.



2. Operasi Kapasiti Lonjak

Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 telah mengumumkan Operasi Kapasiti Lonjak. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi vaksin kepada semua 6.1 juta orang dewasa di Lembah Klang dengan sekurang-kurangnya satu dos pada 1 Ogos.

3. Vaksinasi datang terus di KL dan Selangor

Warga emas di KL dan Selangor yang berumur 60 tahun ke atas yang tidak mendapat janji temu atau belum mendaftar kini dibenarkan datang terus ke pusat vaksinasi untuk mendapatkan suntikan. Manakala untuk semua individu dewasa di bawah 60 tahun, mereka boleh datang terus untuk mendapatkan vaksinasi di Lembah Klang bermula 2 Ogos 2021. Tetapi ia hanya untuk individu yang belum mempunyai janji temu pada 1 Ogos.



4. Adakah Malaysia menghentikan Sinovac?

Pesanan asal 12 juta vaksin sinovac di Malaysia telah dipenuhi lebih awal dari jadual dan itu tidak bermaksud bahawa vaksin ini dihentikan penggunaannya. JKJAV juga telah memesan tambahan 3 juta dos vaksin Sinovac daripada Pharmaniaga untuk digunakan. Vaksin Sinovac masih tersedia untuk dibeli selepas ini oleh kerajaan negeri dan sektor swasta.

5. Vaksin AEFI di Malaysia

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, pemantauan kesan sampingan selepas imunisasi  (AEFI) telah menerima 1.12 laporan daripada 1,000 dos vaksin yang telah diberikan. Hanya 0.06 daripada 1,000 dos mengalami kesan serius dan memerlukan rawatan perubatan.

0.06 daripada 1000 bersamaan dengan 0.006%, itu bermaksud 99.99% individu yang sudah divaksin di Malaysia tidak melaporkan kesan sampingan yang serius sejak permulaan program pada bulan Februari 2021.

6. CITF siasat dakwaan vaksin kosong dan tuduhan vaksin palsu

CITF telah melancarkan siasatan atas tuduhan bahawa terdapat beberapa individu mendapat vaksin yang kosong. Berikutan video yang viral itu, tindakan tatatertib telah diambil terhadap juru vaksin di PPV pandu lalu di Kedah. CITF mengingatkan semua individu bahawa SOP menghendaki semua juru vaksin menunjukkan jarum suntik sebelum dan sesudah memberi suntikan.

7. Malaysia meluluskan vaksin Sinopharm

Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat untuk vaksin Sinopharm, China. Ia didaftarkan oleh Duopharma Sdn Bhd. Pada masa ini, Sinopharm masih belum dimasukkan dalam Program Imunisasi Keangsaan, tetapi ia akan disediakan untuk pasaran swasta yang dijangka bermula pada bulan Ogos.

8. Status Vaksinasi dan Pendaftaran

Setakat 20 Julai 2021, Malaysia telah memberikan lebih daripada 15 juta dos vaksin kepada individu. Lebih 10 juta individu atau 31.5% penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Lembah Klang yang merangkumi KL, Selangor dan Putrajaya, mendahului dengan memberikan dua dos vaksinasi kepada 1.3 juta individu.

Dari segi pendaftaran, setakat ini lebih daripada 19 juta individu telah mendaftar, iaitu 76.6% daripada populasi yang disasarkan. Selangor mempunyai pendaftaran terbanyak dengan 4.6 juta.

Tags: Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Perkembangan Vaksin COVID-19 #18: Syarat datang terus untuk vaksin & Malaysia luluskan vaksin Sinopharm

Perkembangan Vaksin COVID-19 #18: Syarat datang terus untuk vaksin & Malaysia luluskan vaksin Sinopharm

23 July 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER