• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google Drive kini boleh hapus semua fail spam selepas sekat penghantarnya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:05 pm
  • 27/07/2021
  • Komen
Google Drive kini boleh hapus semua fail spam selepas sekat penghantarnya
Share on FacebookShare on Twitter

Google Drive bakal memberi kemampuan kepada pengguna untuk menyekat (block) individu lain di dalam platform itu agar mereka tidak boleh berkongsi fail lagi kepada anda. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan spam dan sebarang gangguan.

Selepas anda menyekat individu yang menghantar fail itu, semua fail yang pernah dihantar olehnya juga akan di buang daripada akaun anda. Malah, ciri ini juga dapat menghentikan individu yang anda sekat itu daripada mengakses fail yang pernah anda kongsikan kepadanya.



Untuk menyekat individu di Google Drive, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Pergi ke Google Drive dan tekan Shared With Me di bahagian kiri
  2. Pilih individu yang anda ingin sekat pada fail yang mereka hantar
  3. Tekan right click (klik kanan)
  4. Kemudian pilih Block di bawah pilihan Report abuse

Anda juga boleh nyahsekat individu itu semula dengan cara ini:



  1. Pergi ke Google Drive
  2. Pada bahagian atas kanan, klik google apps (simbol 9 titik)
  3. Klik account yang mempunyai gambar anda
  4. Pilih people & sharing di bahagian kiri
  5. Pilih blocked
  6. Anda akan lihat satu senarai akaun yang anda sekat di seluruh produk Google
  7. Pilih individu yang anda ingin nyahsekat dan di sebelah nama individu itu tekan remove

Perlu diketahui juga bahawa, menyekat akaun individu di Drive turut mencegah mereka daripada berhubung dengan anda di perkhidmatan Google lain seperti Hangouts dan Chat.

Ciri ini akan dikembangkan secara berperingkat kepada semua pelanggan Google Workspace, pengguna akaun peribadi Google serta pelanggan G Suite Basic and Business bermula 22 Julai 2021.

[Sumber: TheVerge, Google]

Tags: Googlegoogle drive
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Drive kini boleh hapus semua fail spam selepas sekat penghantarnya

Google Drive kini boleh hapus semua fail spam selepas sekat penghantarnya

27 July 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN