• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menangi Oppo Reno 6Z & Enco Air sempena pelancaran siri Reno 6

  • OLEH Najib
  • 5:29 pm
  • 27/07/2021
  • Komen
Menangi Oppo Reno 6Z & Enco Air sempena pelancaran siri Reno 6
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini mengesahkan tarikh pelancaran siri Oppo Reno 6 di Malaysia. Ia akan diadakan pada hari Rabu, 5 Ogos 2021 pukul 6.30 petang. Orang ramai boleh menyaksikan majlis pelancaran ini secara langsung menerusi Facebook Oppo Malaysia dan YouTube Oppo Malaysia.

Selain itu, Oppo turut mengajak orang ramai untuk menyaksikan majlis ini secara langsung kerana mereka menyediakan 15 unit Oppo Reno 6Z untuk diberikan sebagai hadiah. Jadi jangan terlepas untuk menontonnya bersama jemputan artis Malaysia iaitu Puteri Aishah, Elizabeth Tan, dan SonaOne.



Dari gambaran dan petunjuk yang diberikan di Facebook Oppo Malaysia, terdapat dua model yang akan dilancarkan kelak iaitu Oppo Reno 6Z dan Oppo Reno 6. Oppo juga telah banyak bercerita tentang fungsi unik kamera di siri Reno 6 ini, iaitu Bokeh Flair Potret.

Oppo juga menyediakan 10 unit Oppo Enco Air sebagai hadiah menerusi pertandingan teka fungsi kamera Oppo Reno 6Z di Facebook Oppo Malaysia. Hanya jawab soalan yang diberikan bersama slogan menarik untuk menang. Pertandingan ini tamat pada pukul 11.59 malam pada 2 Ogos 2021.



Spesifikasi Oppo Reno 6Z

Kami telah menerima unit ujian Oppo Reno 6Z dan menerangkannya dengan teliti di dalam video di bawah:

Secara ringkas, Reno 6Z dikuasakan cip Mediatek Dimensity 800U 5G, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya dari jenis AMOLED 6.4inci 60Hz HD Penuh, bateri 4,300mAh dan pengecasan 30W.

Kamera belakang pula gandingan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Manakala kamera hadapan 32MP.

Spesifikasi Oppo Reno 6

Untuk Oppo Reno 6 pula, spesifikasinya masih belum jelas kerana belum dimaklumkan secara rasmi oleh Oppo Malaysia. Tetapi menurut gambar dan video pendek yang dikongsi di Facebook, ia menunjukakan rupa yang mirip dengan Reno 6 5G di India, bukannya Reno 6 di Indonesia.

Jika dalamannya dan perkakas lain serupa, maka Reno 6 5G di Malaysia akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 900 6nm, dengan sokongan dwi-5G dan WiFi 6. RAM pula dari jenis LPDDR4x tetapi jenis storan tidak pula dinyatakan.

Paparan Reno 6 5G rata seluas 6.4-inci AMOLED, dengan kadar penyegaran 90hz HD Penuh. Bateri di dalamnya berkapasiti 4,300mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W. Dikatakan megnecas penuh dalam masa 28 minit sahaja.

Terdapat tiga kamera di belakangnya iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Manakala kamera hadapan 32MP, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Jek audio tiada pada telefon ini dan sistem bunyi pula mono, tetapi menyokong teknologi Dolby Atmos.

Adakah Reno 6 5G di Malaysia ini sama seperti di India? Nantikan laporan kami di hari pelancarannya pada 5 Ogos.

Tags: oppoOppo Reno 6Oppo Reno 6Z
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Menangi Oppo Reno 6Z & Enco Air sempena pelancaran siri Reno 6

Menangi Oppo Reno 6Z & Enco Air sempena pelancaran siri Reno 6

27 July 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER