• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli dron DJI Mini 2 di Instagram, penjawat awam kerugian RM31,100

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:39 pm
  • 30/07/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang penjawat awam di Miri, Sarawak menjadi mangsa penipuan apabila membeli-belah dalam talian dan mengalami kerugian bernilai RM31,100. Laporan ini diterima oleh pejabat polis Sarawak baru-baru ini.

Ditipu di Instagram

Pada 26 Julai 2021, mangsa pada mulanya berminat untuk membeli dron DJI Mini 2 yang ditawarkan dengan harga RM550 oleh pemilik akaun Instagram dengan nama bm_elektronik7.



Suspek kemudian meminta mangsa melakukan beberapa pembayaran untuk dron tersebut, termasuk bayaran jaminan dan pembayaran pelepasan kastam berjumlah RM31,100 antara tarkih 26 dan 28 Julai.

Pembayaran kemudian dibuat ke lima akaun individu yang berbeza melalui 10 transaksi. Mangsa diberitahu oleh suspek bahawa wang itu akan dikembalikan kepadanya selepas proses tersebut. Namun, mangsa hanya menyedari bahawa dia telah ditipu setelah penjual drone DJI Mini 2 itu tidak dapat dihubungi lagi.



Langkah elak jadi mangsa penipuan dalam talian

Sebenarnya, dron DJI Mini 2 tidaklah berharga serendah RM550 dan tidak juga semahal RM31,100. Jika dibeli dari platform yang dipercayai seperti di Shopee dan Lazada, anda boleh dapatkannya pada harga serendah RM1,899.

Oleh itu, masyarakat perlu sentiasa berhati-hati ketika membeli barang secara dalam talian dan hanya berurusan melalui platform e-dagang yang sah. Selain itu, anda juga disarankan untuk memeriksa nombor akaun bank dan nombor telefon penjual di semakmule terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran untuk mengelakkan daripada ditipu.

Untuk mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat mengenai jenayah dalam talian, anda boleh hubungi CCID Scam Response Centre melalui panggilan telefon di talian 03-26101559 dan 03-26101599, atau melalui WhatsApp dan SMS di 013-2111222.

Sebagai panduan untuk mencegah daripada menjadi mangsa scam, anda boleh baca 5 tips membeli-belah dalam talian secara selamat di sini.

[Sumber: TheBorneoPost]

Tags: dji mini 2SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Beli dron DJI Mini 2 di Instagram, penjawat awam kerugian RM31,100

30 July 2021
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN