• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Ketahui jika Facebook anda pernah di akses orang lain & cara hentikannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:31 pm
  • 05/08/2021
  • Komen
Ketahui jika Facebook anda pernah di akses orang lain & cara hentikannya
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda mengesyaki sekiranya akaun Facebook anda ada diakses oleh individu lain? Tidak kiralah sama ada individu itu kenalan anda yang pernah mengetahui kata laluan anda atau paling membimbangkan jika individu tersebut cuba menggodam akaun anda.

Oleh itu, jika anda bimbang tentang perkara tersebut, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk periksa dan sekat tindakan itu secara kekal:



Cara periksa semua log masuk di Facebook

Berikut merupakan langkah untuk anda memeriksa dan mengetahui sama ada individu lain telah log masuk ke akaun Facebook anda, tanpa pengetahuan anda:

  1. Log masuk ke akaun Facebook melalui telefon atau laptop anda
  2. Pergi ke Settings & Privacy dan tekan Setting (tetapan)
  1. Klik Security and Logins
  2. Cari bahagian Where you’re logged in, pada halaman itu tekan see more untuk lihat dengan lebih lanjut senarai lokasi log masuk, tarikh log masuk dan senarai peranti yang digunakan.

Sekiranya anda dapati, dalam senarai itu ada aktiviti log masuk yang mencurigakan ke akaun Facebook anda, anda boleh tekan 3 titik di bahagian kanan, kemudian pilih log out.



Cara hentikan individu lain daripada log masuk ke akaun Facebook anda

Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan individu lain log masuk ke akaun Facebook anda tanpa kebenaran, anda perlu hidupkan pengesahan dua faktor (two-factor authentication). Anda boleh aktifkannya mengikut cara di bawah:

  1. Pergi ke setting dan pilih Security and login
  2. Pada bahagian Two-Factor Authentication pilih “Use two-factor authentication” dan tekan edit
  1. Anda kemudian boleh pilih langkah pengesahan yang anda mahukan iaitu:
    • Terima kod SMS pada nombor telefon anda
    • Log masuk menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Duo, Authy atau Google Authenticator
    • Guna kunci keselamatan (Security Key) pada akaun anda untuk keselamatan tambahan
    • Guna Recovery Codes (kod pemulih) untuk log masuk jika anda kehilangan telefon dan tidak dapat menerima kod pengesahan melalui pesanan teks atau aplikasi pengesahan.

Setelah anda menghidupkan pengesahan dua faktor ini, sesiapa sahaja yang cuba log masuk ke akaun anda bukan hanya memerlukan kata laluan tetapi, mereka juga memerlukan kod pengesahan dua faktor untuk log masuk ke akaun anda. Jadi, dengannya anda tidak perlu risau lagi tentang keselamatan akaun Facebook anda.

[Sumber: The Star]

[Sumber gambar: CPO Magazine]

Tags: Facebook
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ketahui jika Facebook anda pernah di akses orang lain & cara hentikannya

Ketahui jika Facebook anda pernah di akses orang lain & cara hentikannya

5 August 2021
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN