• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pusat beli belah di Lembah Klang mula buka pintu hanya untuk yang lengkap vaksin

  • OLEH Najib
  • 9:13 pm
  • 18/08/2021
  • Komen
Di IKEA Damansara ada mesin gedegang, tapi bukan untuk makanan
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri minggu lepas, mereka yang telah menerima vaksin lengkap akan diberi kelonggaran dalam banyak perkara. Antaranya adalah kebenaran masuk ke kedai-kedai seperti kedai barangan rumah, kedai perabot, kedai peralatan sukan dan banyak lagi, bermula 16 Ogos 2021.

Untuk itu, pusat beli-belah telah mula menaikkan poster dan makluman di media sosial bahawa, mereka yang telah lengkap vaksin sahaja akan dibenarkan masuk ke dalam bangunan.



Maksud lengkap vaksin adalah, selepas 14 hari suntikan dos kedua Pfizer, AstraZeneca atau Sinovac, atau selepas 28 hari disuntik vaksin 1 dos Johnson & Johnson atau CanSino.

IKEA Malaysia telah memuat naik makluman berkenaan kebenaran masuk ke pusat beli-belah mereka di Damansara dan Cheras, untuk mereka yang vaksin lengkap vaksin seperti diterangkan di atas. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Hanya dua lokasi ini akan dibuka buat masa ini, cawangan lain akan terus ditutup sehingga dimaklumkan.



IKEA juga meminta mereka yang belum menerima vaksin lengkap, untuk terus membeli-belah secara dalam talian di laman web mereka: www.ikea.com/my. Untuk kafe, restoran, bistro dan pasar Swedish IKEA, masih tidak dibenarkan makan di sana. Hanya menerima tempahan untuk bawa pulang atau penghantaran sahaja.

Bagaimanapun, ramai pengguna agak marah dengan pengumuman IKEA ini. Ada yang mengatakan IKEA telah melanggari hak asasi manusia, serta tidak adil untuk mereka yang baru disuntik dos pertama vaksin. Kerana itu, ada yang mengajak orang ramai memboikot IKEA.

Tetapi perlu diingat, IKEA hanya menuruti peraturan yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia. Ini untuk melindungi mereka yang belum menerima vaksin, daripada dijangkiti wabak COVID-19.

Mid Valley Megamall juga telah memaklumkan bahawa mereka hanya membenarkan orang yang telah lengkap vaksin sahaja masuk ke dalam pusat beli-belah.

1 Utama turut menyatakan perkara yang sama. Sebagai tambahan, mereka memastikan pekerja di dalam pusat beli-belah turut telah lengkap vaksin.

Tags: 1 UTAMAikeaMid Valley MegamallVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Di IKEA Damansara ada mesin gedegang, tapi bukan untuk makanan

Pusat beli belah di Lembah Klang mula buka pintu hanya untuk yang lengkap vaksin

18 August 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN