• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

Guru boleh jadikan kelas dalam talian lebih seronok dengan 7 perkara ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:00 pm
  • 22/08/2021
  • Komen
Guru boleh jadikan kelas dalam talian lebih seronok dengan 7 perkara ini

e-learning concept. Online classes.

Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya pelajar sukar menumpukan perhatian apabila menyertai kelas dalam talian. Lebih-lebih lagi jika persekitaran rumah dikelilingi dengan pelbagai gangguan seperti TV dan permainan.

Tidak dinafikan, untuk membuat pelajar fokus dan berminat sertai kelas dalam talian merupakan satu cabaran buat guru. Justeru, berikut merupakan 7 perkara guru boleh lakukan untuk mencipta kelas dalam talian yang menyeronokkan.



1. Pilih alat komunikasi yang betul

Sebelum mengadakan kelas dalam talian, anda perlu mencari alat persidangan video yang membolehkan anda berhubung dengan pelajar. Ada banyak pilihan seperti Zoom, Google Meet dan Telegram.

Anda harus pelajari cara menggunakannya dengan betul sebelum memulakan kelas dalam talian. Tonton video tutorial dan uji sendiri fungsi yang ada, contohnya mencuba fungsi mod fokus di Zoom. Anda perlu tahu semuanya dengan baik supaya dapat membantu pelajar, sekiranya mereka ada pertanyaan atau kesulitan.



2. Hantar jemputan & arahan yang jelas

Sebelum anda memberi jemputan persidangan video kepada pelajar, pastikan anda sertakan agenda perjumpaan, cara menyertainya dan senarai apa sahaja yang perlu dibawa oleh mereka.

Contohnya pelajar perlu berada di depan kamera web dan menggunakan mikrofon semasa sesi kelas. Jadi, mereka boleh bersedia sebaiknya sebelum sertai kelas.

Hantar peringatan, kira-kira 15 minit sebelum sesi kelas bermula. Dalam tempoh itu, pelajar boleh memastikan semua senarai yang anda perlukan sudah tersedia.

3. Kekal selamat di dalam talian

Untuk memastikan kelas dalam talian anda selamat, anda boleh ikut langkah ini:

  1. Jangan kongsi jemputan video di lokasi umum, contohnya di feed Facebook.
  2. Lindungi persidangan video anda dengan kata laluan.
  3. Gunakan ‘Waiting Room’ untuk mengawal siapa yang boleh sertai kelas.
  4. Pastikan anda kenal semua di dalamnya
  5. Pastikan anda tahu cara mengurus peserta seperti mematikan mikrofon dan membuang peserta.

4. Rakam video kelas

Video yang anda rakam berguna berguna untuk beberapa situasi. Contohnya, untuk dikongsikan kepada pelajar yang tidak dapat hadir ke kelas dan melihat semula cara penyampaian anda supaya dapat perbaiki apa-apa kekurangan.

5. Sediakan aktiviti interaktif

Pelajar akan belajar dengan baik apabila aktif di dalam kelas. Oleh itu, sertakan aktiviti interaktif contohnya, teka-teki, kuiz, permainan, dan lawatan maya. Cari kaedah sesuai yang dapat melibatkan semua pelajar. Anda boleh cuba platform dalam talian yang sediakan pelbagai kuiz seperti Kahoot! dan GoNoodle.

Sumber

6. Tempoh kelas mengikut usia

Tempoh untuk pelajar fokus bergantung pada usia mereka. Contohnya, kanak-kanak 6 tahun boleh tumpukan perhatian selama 12 hingga 18 minit. Kanak-kanak berusia 12 tahun pula selama 24 hingga 36 minit.

Oleh itu, anda perlu cari jalan untuk membahagikan topik besar menjadi kecil supaya boleh difahami dengan cepat. Kemudian cari cara untuk menyampaikannya. Sebagai contoh, memulakan kelas dengan perkenalkan konsep, kemudian tunjukkan video, seterusnya ajukan soalan sebelum melakukan sesi kumpulan dan selesaikan kelas dengan kuiz.

7. Dapatkan maklumbalas dari pelajar

Akhir sekali, minta maklum balas daripada pelajar mengenai kelas mereka. Dari situ, anda boleh memastikan keperluan pelajar anda dipenuhi dan ia akan menjadikan kelas anda lebih baik.

Anda boleh minta maklum balas pada akhir sesi kelas, melalui e-mel atau menghantar tinjauan (anonymous survey). Pastikan anda berfikiran terbuka menerima komen dan melakukan perubahan.

Belajar secara maya merupakan satu pengalaman baru untuk pelajar. Menjadikan kelas dalam talian menarik mungkin sukar, tetapi guru boleh mengubahnya dengan menggunakan alat yang tepat dan pendekatan yang menarik.

[Sumber: Growth Engineering]

[Sumber gambar: Careerwise]

Tags: PdPR
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Guru boleh jadikan kelas dalam talian lebih seronok dengan 7 perkara ini

Guru boleh jadikan kelas dalam talian lebih seronok dengan 7 perkara ini

22 August 2021
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER