• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

Cara mudah padam serentak semua e-mel yang tak diperlukan di Gmail

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:55 pm
  • 25/08/2021
  • Komen
Cara mudah padam serentak semua e-mel yang tak diperlukan di Gmail
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang menggunakan Gmail, pernah tak anda rasa terganggu dengan emel tidak penting yang banyak, serta mahu memadamnya sekaligus? Contohnya seperti e-mel dari aplikasi yang anda muat turun atau emel promosi (promotions) dari mana-mana perkhidmatan yang pernah anda gunakan.

Memadam satu per satu emel memang memakan masa yang lama, lebih-lebih lagi apabila anda sudah mempunyai beribu emel. Ada cara ringkas yang boleh dilakukan untuk padam sekaligus semua e-mel yang sudah dibaca atau belum dibaca dan e-mel promosi.



1. Cara padam semua e-mel yang sudah atau belum dibaca di Gmail

Anda boleh pilih antara dua kategori iaitu padam semua e-mel yang sudah dibaca atau belum dibaca. Untuk memulakannya, pastikan anda buka Gmail melalui komputer.

  1. Log masuk ke akaun Gmail
  2. Pergi ke bar carian di bahagian atas, kemudian taip label:read untuk lihat semua e-mel yang sudah dibaca, atau label:unread untuk e-mel yang belum di baca
  3. Seterusnya, pada kotak kecil di atas kiri, pilih all untuk padam semua e-mel itu.
  4. Kemudian tekan select all conversations that match this search untuk padam semua e-mel termasuk dihalaman lain
  5. Akhir sekali tekan ikon tong sampah

2. Cara padam e-mel promosi di Gmail

E-mel promosi selalunya dihantar oleh syarikat kepada pengguna dengan tujuan untuk menjual produk. E-mel ini secara automatik akan masuk ke tab promotions. Anda mungkin akan mendapat e-mel promosi ini setelah mendaftar atau membuat pembelian di laman web mereka. Untuk memadam semua e-mel tersebut, anda boleh ikut langkah di bawah:



  1. Log masuk ke akaun Gmail kemudian tekan tab Promotions pada bahagian atas, bersebelahan dengan tab Social
  2. Kemudian, pilih all pada kotak kecil sebelah simbol refresh.
  1. Untuk memadam semua e-mel dalam kategori ini termasuk di halaman lain, klik Select all conversations in Promotions.
  1. Seterusnya, tekan ikon tong sampah. Selesai.

3. Silap padam? Masih ada di Trash

Sekiranya anda terpadam e-mel yang penting, anda boleh dapatkannya semula pada bahagian Trash, ia terletak pada bahagian menu di sebelah kiri. Semua e-mel yang anda padam akan ada di situ selama 30 hari sebelum ia dihapuskan secara kekal.

Dengan cara ini, anda boleh padam semua e-mel yang anda tidak perlukan lagi sekaligus, tanpa memakan masa yang lama.

[Sumber: Insider]

Tags: EMAILGmail
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Cara mudah padam serentak semua e-mel yang tak diperlukan di Gmail

Cara mudah padam serentak semua e-mel yang tak diperlukan di Gmail

25 August 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN