• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

90-an adalah antara tempoh termanis untuk hidup dalam Malaysia, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:44 am
  • 31/08/2021
  • Komen
90-an adalah antara tempoh termanis untuk hidup dalam Malaysia, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Diolah daripada utusan Facebook @Richard Ker

Selamat Hari Merdeka! Tanah Melayu telah diserahkan kepada pentadbiran tempatan 64 tahun dahulu. Sejak itu, pertumbuhan negara ini berlaku amat pesat. Pelbagai suka duka dilalui oleh semua orang yang menyumbang keringat dalam menjadikan Malaysia hari ini.



Kalau ada di kalangan anda yang hidup antara tahun 1990 hingga 2000, tentu sekali anda bersetuju yang ia adalah antara dekad paling berwarna-warni dalam sejarah Malaysia. Yang lahir pasca 2000, anda boleh lihat apa yang senior-senior anda lalui.

Berikut adalah antara perkara yang menarik berlaku di dalam Malaysia pada tahun 90-an.



Malaysia jadi lokasi pengambaran filem-filem pecah panggung

Thunderbold (1992)

Pengambaran ada mengambil tempat di Litar lumba legenda Batu 3 Shah Alam.

Police Story 3 (1993)

Penggambaran sekitar Kuala Lumpur terutamanya sekitar bangunan Sultan Abdul Samad.

Entrapment (1999)

Pengambaran sekitar KLCC.

KLIA, lapangan terbang antarabangsa paling pantas dibina

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah projek lapangan terbang paling pantas dibina di dunia. Majlis pecah tanah diadakan dalam tahun 1993 dan ia mula beroperasi pada tahun 1998, kurang 5 tahun tempoh diambil untuk selesai dibina.

Sumber

Ia bagi memindahkan trafik antarabangsa daripada Lapangan Terbang Subang yang semakin sesak kepada lokasi yang lebih lapang iaitu di Sepang.

Disamping pembinaan Putrajaya, Cyberjaya, dan Litar Sepang, Malaysia turut mengadakan pembinaan lapangan terbang antarabangsa berhampiran kawasan itu.

Tun Mahathir di sambutan ulang tahun ke-21 KLIA

Dalam tahun 2008, KLIA mengendalikan hampir 60 juta penumpang lantas jadikannya lapangan terbang antara yang tersibuk di dunia.

Sukan Komanwel terakhir abad ke-20 berlangsung di Kuala Lumpur

Bukan sahaja sukan Komanwel terakhir abad ke-20, Malaysia juga ialah negara Asia pertama yang menganjurkan sukan berprestij ini diikuti India pada tahun 2010. Acara penutup Sukan Komanwel 98 turut dihadiri Ratu Elizabeth II.

Dalam edisi tahun 98, Malaysia berada di kedudukan ke-4 keseluruhan dengan 10 emas, 14 perak, dan 12 gangsa.

2 rakyat Malaysia di atas puncak Gunung Everest

Malaysia telah menganjurkan “Malaysia-Everest Project 97”, satu inisiatif untuk menghantar rakyatnya menawan puncak Everest. Seramai 23 orang dihantar yang terdiri daripada pelbagai kepakaran daripada pendaki hinggalah wartawan untuk membuat liputan.

Pada 23 Mac 1997, M. Magendran dan selang beberapa minit kemudian, N. Mohanadas menjadi dua orang Malaysia pertama berada di atas puncak Gunung Everest.

Selain cabaran pendakian, kumpulan projek itu juga berkongsi cabaran lain seperti bagaimana mahu buat liputan berita di tempat sejuk. Pada ketika itu, gambar masih lagi diambil menggunakan kamera filem, bukan digital.

Sumber

Koridor Raya Multimedia cambah pertumbuhan bandar Cyberjaya

Seiring dengan pertumbuhan pesat Putrajaya, Malaysia turut menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertujuan memecut pertumbuhan sektor ICT negara. Projek Mega ini dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Ogos 1996.

Cyberjaya adalah salah satu perbandaran yang berada dalam lingkungan projek ini dan perusahaan di dalamnya menikmati pelbagai manfaat menarik dikhususkan untuk zon tersebut seperti pelepasan cukai serta insentif-insentif lain.

Daripada estet Prang Besar ke Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya diwartakan dalam tahun 1995 selepas kerajaan Pusat membeli 11,320 ekar tanah daripada kerajaan Selangor. Sebahagian besar Putrajaya ialah estet penanaman getah yang bernama estet Prang Besar.

Sumber

Pentadbiran kerajaan Pusat telah dipindahkan ke lokasi baharu ini pada 1 Februari 2001.

Selain menjadi tempat pentadbiran, Putrajaya juga terkenal sebagai tempat pelancongan bagi pengunjung yang mahu nikmati seni bina menarik. Di sini juga letaknya bulatan jalan terbesar di dunia dengan ukur lilit 3.5km.

Rekod dunia tarik kapal terbang Boeing guna rambut

Rekod dunia ini masih belum mampu dicabar oleh sesiapa.

Sumber

Ramasamy Letchemanah dalam tahun 1990 telah menarik sebuah pesawat Boeing 737 hanya menggunakan kekuatan rambutnya. Pesawat seberat lebih 32 tan itu bergerak sejauh hampir 17 meter dihadapan orang ramai yang menyaksikannya. Di London pula pada tahun 1999, dia sekali lagi melakukan aksi hampir serupa. Pada masa tersebut, dia menarik sebuah bas ikonik 2 tingkat London seberat hampir 8 tan sejauh 30 meter.

R. Letchemanah meninggal dunia dalam tahun 2005 akibat komplikasi jantung.

Tiungsat-1, mata langit pertama Malaysia masuki orbit

Tiungsat-1 dilancarkan naik ke orbit pada 26 September 2000. Ia adalah mikrosatelit pertama negara Malaysia hasil kerjasama antara Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) Jabatan Perdana Menteri, Surrey Satellite Technology Limited (SSTL), dan Astronautics Technology Sdn. Bhd.

Sumber

Tiungsat-1 diberikan tanggungjawab mencerap permukaan bumi. Ia ada keupayaan mengambil gambar beresolusi tinggi seluas 80 meter bagi kegunaan pemantauan sumber hutan, pertanian, dan pencemaran.

Sumber

Namun, menurut laman penjejak satelit, Tiungsat-1 tidak lagi aktif dan ia kini cumalah segumpal besi yang terapung mengelilingi bumi.

Litar Antarabangsa Sepang dibuka, MotoGP dan F1 pertama berlangsung dalam tahun yang sama

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah salah satu projek mega yang berlangsung selari dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Litar lumba ini mula dibina dalam tahun 1997 dan selesai dalam tahun 1999 dan terus digunakan sebagai lokasi perlumbaan berprestij.

Sumber

Bunyi motorsikal pertama yang berlumba dalam MotoGP berkumandang pada 20 April 1999 manakala Grand Prix F1 pertama berlangsung pada  17 Oktober 1999.

Sumber

Malaysia saksi penubuhan negara Bosnia-Herzegovina

Bosnia-Herzegovina mengumumkan keluar daripada wilayah Yugoslavia dalam bulan Mac 1992. Malaysia adalah antara negara pertama yang mengiktiraf pembentukan negara baharu ini, sama seperti Amerika Syarikat yang mengiktiraf pada 22 Mei 2021.

Bendera Bosnia-Herzegovina

Namun, ia menimbulkan ketaktenteraman dalam kalangan beberapa golongan maka tercetuslah Perang Bosnia antaranya:

  • Puak Bosnia yang berpihak kepada Republik Bosnia-Herzegovina
  • Puak Krot yang berpihak kepada Republik Croatia
  • Puak Serb yang berpihak kepada Republik Yugoslavia
Sumber

Perang ini berlangsung antara tahun 1992 dan 1995 menyaksikan lebih 100 ribu nyawa melayang.

Di pihak Malaysia, ia menghantar sepasukan askar untuk menyertai misi pengaman di bawah panji PBB bagi membantu negara muda ini. Malaysia turut membantu pendaftaran Bosnia-Herzegovina ke dalam OIC.

Banggunan tertinggi di dunia antara 1999 hingga 2004

Malaysia tidak pernah membina pencakar langit mega. Sebelum 1999, menarik paling tinggi yang kita ada ialah Menara KL dan Menara Maybank. Namun, ia tidak menghalang pencakar langit Menara Berkembar Petronas yang dibuka dalam tahun 1999 menjadi memegang rekod menara tertinggi di dunia sewaktu dibuka sehingga 2004. Rekod itu dipadamkan oleh Taipei 101.

Sumber

Projek pembinaan bermula dalam tahun 1993. Dari permukaan tanah, menara Peteronas ini berdiri pada ketinggian 451.9mm dan mengandungi 88 tingkat.

Manusia terkaya dunia melawat Malaysia

Pengasas Microsoft dan orang paling kaya di dunia ketika itu melawat Malaysia pada 19 Mac 1998 untuk menyaksikan pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) yang kini dipercayai Cyberjaya.

Selain melawat, beliau juga memberikan ucapan di PWTC dihadapan 3,000 orang tentang bayangannya tentang bagaimana penduduk Cyberjaya menjalankan kehidupan seharian.

3 Sidek bersaudara antara yang sumbang keringat sewaktu Malaysia menangi Piala Thomas

Pertandingan yang setara Piala Dunia bolasepak untuk sukan badminton ialah Piala Thomas. Antara tahun 1949 hingga 2018, Malaysia telah bertarung dalam gelanggang akhir sebanyak 14 kali daripada 29 edisi. Tapi 1992 adalah salah satu tahun Malaysia memenanginya.

Sumber

Ketika itu, Malaysia adalah tuan rumah dan berikut ialah atlet yang terlibat dalam perlawanan akhir:

  • Rashid Sidek (menang)
  • Foo Kok Keong (tewas)
  • Kwan Yoke Meng (tewas)
  • Razif Sidek / Jalani Sidek (menang)
  • Cheah Soon Kit / Soo Beng Kiang (menang)

Bendera Malaysia kelilingi dunia

Azhar Mansor berlepas daripada marina di Langkawi pada 2 Februari 1999 dan menuju ke arah timur dalam misi mengelilingi dunia secara solo. Dia belayar di atas kapal bernama Jalur Gemilang yang lengkap dengan peralatan navigasi stelit untuk membantunya.

Dalam rekod World Sailing Speed Record Council (WCRC), nama pelayar ini muncul dalam kategori “mengelilingi dunia, berbantu, berhenti, laluan timur, solo” yang sampai sekarang masih tiada yang mencabarnya.

Perjalanan mengambil masa 190 hari, 6 jam, 57 minit dan 2 saat sejauh 21,760 batu nautika.

Tags: hari merdeka 64menarikmerdeka 64
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

90-an adalah antara tempoh termanis untuk hidup dalam Malaysia, ini sebabnya

90-an adalah antara tempoh termanis untuk hidup dalam Malaysia, ini sebabnya

31 August 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER