• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Garmin Instinct, Forerunner 745 & Lily, ada diskaun sempena 9.9 dan Hari Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:46 pm
  • 01/09/2021
  • Komen
PROMO: Garmin Instinct, Forerunner 745 & Lily, ada diskaun sempena 9.9 dan Hari Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia hari ini mengumumkan promosi baru untuk bulan September. Kali ini, jam kecergasan yang ditawarkan diskaun adalah siri Instinct, Forerunner 745 dan Lily.

Terdapat dua jenis promosi yang dijalankan, tetapi ia hanya terdapat di Stor Garmin di Shopee dan Lazada.



Promosi pertama adalah untuk siri Garmin Instinct. Sempena Hari Malaysia, dari 1 hingga 19 September 2021, Garmin Instinct dan Instinct Solar (Tactical Black) diberi diskaun RM200. Manakala untuk Instinct Solar, diskaun adalah RM161.

  • Garmin Instinct – RM1,199 RM999
  • Garmin Instinct Solar (Tactical Black) – RM2,099 RM1,899
  • Garmin Instinct Solar – RM1,860 RM1,699

Garmin Instinct adalah jam pintar dengan skrin monokrom dan rekaan sangat tahan lasak. Ia diiktiraf dengan standard MIL-STD 810G dan tahan tekanan sehingga 10ATM, bersamaan dengan tekanan sedalam 100 meter. Bateri dalam mod pintar bertahan sehingga 14 hari dan GPS berterusan sehingga 14 jam.



Solar Edition menerima tambahan panel kaca solar, untuk menerima tenaga tambahan daripada cahaya matahari sekaligus memberikan masa penggunaan lebih lama. Tactical pula ditambah lagi dengan mod Jumpmaster, Night Vision dan Stealth.

Promosi kedua pula khas untuk Forerunner 745 dan Lily. Ia ditawarkan sempena jualan 9.9, dari 9 hingga 19 September 2021. Diskaun sebanyak RM321 menanti pembeli Forerunner 745 dan diskaun RM151 bagi Lily.

  • Garmin Forerunner 745 – RM2,320 RM1,999
  • Garmin Lily – RM1,150 RM999

Garmin Forerunner 745 menyediakan ciri kecergasan lebih maju, boleh memantau pelbagai data kecergasan seperti VO2 max, Pulse Ox, denyutan nadi, waktu tidur dan banyak lagi. Baterinya boleh bertahan sehingga 7 hari dalam mod jam pintar, sehingga 16 jam dalam mod GPS dan sehingga 6 jam dalam mod GPS bersama muzik.

Untuk wanita, Garmin Lily menyerlahkan rupa feminin di jam pintar. Ia datang dengan jalur jam tangan berukuran 34mm, T-bar lug style, lensa bercorak halus dan pilihan warna yang elegan. Ciri khas wanita turut dipasang di dalamnya seperti pemantauan kehamilan dan kitaran haid.

Tags: garminGarmin Forerunner 745Garmin InstinctGarmin Lily
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
PROMO: Garmin Instinct, Forerunner 745 & Lily, ada diskaun sempena 9.9 dan Hari Malaysia

PROMO: Garmin Instinct, Forerunner 745 & Lily, ada diskaun sempena 9.9 dan Hari Malaysia

1 September 2021
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER