• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ribuan batu sungai & daun pokok terjual di Shopee, apa rahsia peniaga ini?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:12 pm
  • 03/09/2021
  • Komen
Ribuan batu sungai & daun pokok terjual di Shopee, apa rahsia peniaga ini?
Share on FacebookShare on Twitter

Ada bermacam jenis barang keperluan dijual secara dalam talian. Tetapi, siapa sangka batu sungai dan daun pokok juga ada dijual, ia mendapat permintaan tinggi sehinggakan jualan mencecah ribuan unit. Kedua-dua item tersebut boleh dijumpai di platform Shopee.

Batu sungai

Jika anda tertanya-tanya apa kegunaan batu sungai, berdasarkan akaun Shopee peniaga batu sungai ini, ada diterangkan bahawa kegunaan batu itu untuk bertungku bagi wanita selepas bersalin. Menurutnya, batu yang disediakan tidak berat dan tidak ringan sesuai untuk aktiviti tersebut. Harga pula adalah RM5.90 untuk satu batu. Sangat mengagumkan apabila sebanyak 2900 ketul batu sudah terjual. Ini bermakna ada permintaan terhadap batu tersebut.



Apabila dilihat pada ruangan penilaian produk, seramai 1200 pembeli telah menilai produk ini dengan 5 bintang. Berdasarkan perkongsian gambar dari pelanggan, mereka dikatakan menerima batu bersaiz serdehana dan dapat dilihat ia boleh dipegang dengan sebelah tangan sahaja.

Bagi saya, batu sungai ini memang sukar diperolehi lebih-lebih lagi jika individu menetap di kawasan jauh dari sungai. Bagi wanita yang berpantang cara tradisional, batu sungai ini adalah salah satu benda penting yang perlu ada. Oleh itu, tidak perlu bersusah-payah mencari, lebih mudah jika membelinya sahaja di Shopee.



Daun pokok ketapang

Selain dari batu, daun pokok ketapang juga merupakan antara bahan semula jadi yang dijual di Shopee. Berdasarkan maklumat dari peniaga ini, dia menjual 25 helai daun kering dengan harga RM2.50. Daun ini adalah untuk kegunaan akuarium. Sehingga kini 16 jualan telah diselesaikan.

Dalam penerangan produk, ada dijelaskan bahawa daun ini hanya akan dikutip apabila ada yang memesannya. Malah, akan diberi daun percuma juga jika ada lebihan. Jelasnya, daun ini dapat merawat luka-luka pada ikan laga dan boleh memberi tenaga kepadanya. Jadi sudah tentu, pelanggan sasaran untuk produk ini ialah pemilik ikan laga.

Apa rahsia penjual?

Selain mereka, ada ramai lagi peniaga di Shopee yang menyediakan dua item tersebut. Dapat disimpulkan, peniaga ini sangat bijak mengambil peluang dengan berniaga secara dalam talian, melalui platform ini pelanggan menjadi mudah menjumpai barang yang diperlukan. Individu yang memerlukan batu sungai dan daun pokok ketapang, tidak semestinya boleh dapatkan dua item itu dengan mudah disekitar rumah, jadi pasti kedai dalam talian yang akan dikunjungi.

Mereka juga tahu keperluan orang ramai dan pasti mereka sudah mengkaji siapa bakal pelanggan sasaran. Contoh untuk situasi ini ialah, wanita yang mahu berpantang secara tradisional memerlukan batu sungai, manakala individu yang membela ikan laga pula perlukan daun pokok ketapang.

Jika anda ada akaun platform e-dagang, barang apa yang anda akan jual di situ?

[Sumber: Santai Media]

Tags: Shopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ribuan batu sungai & daun pokok terjual di Shopee, apa rahsia peniaga ini?

Ribuan batu sungai & daun pokok terjual di Shopee, apa rahsia peniaga ini?

3 September 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN