• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Digi Fibre 300Mbps hanya RM100 dan baucar Samsung percuma untuk waktu terhad

  • OLEH Najib
  • 4:23 pm
  • 14/09/2021
  • Komen
Pelan Digi Fibre 300Mbps hanya RM100 dan baucar Samsung percuma untuk waktu terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan kempen #JomFibre di seluruh negara, untuk menarik minat lebih ramai pengguna mendaftar pelan jalur lebar tetap mereka. Kempen ini berjalan dari 14 September sehingga 30 November 2021, menawarkan gandingan pelan jalur lebar tetap dan pelan mudah alih, dengan penjimatan sehingga RM1,200.

Baucar Samsung dan Peraduan #JomFibre

Dalam kempen ini, Digi ada memberikan baucar Monitor Pintar Samsung bernilai RM150 kepada pelanggan baru untuk pelan terpilih. Ia terhad kepada 2,000 pelanggan terawal, yang melanggan pelan Digi Fibre 150 dan ke atas, serta mendaftar melalui Digi Store Online, Digi Store atau Digi Store Express. Baucar ini boleh ditebus melalui aplikasi MyDigi.



Selain itu, Digi mengadakan peraduan mingguan di Facebook Digi dan Twitter @digitelco. Berikan slogan paling kreatif tentang mengapa rakan mereka perlu mendapatkan Fibre Percuma daripada Digi. 100 pemenang dan rakan mereka, akan menerima hadiah berupa langganan jalur lebar tetap Digi Fibre percuma selama 2 tahun, bernilai RM1,800 setiap satu. Maklumat lanjut peraduan boleh dirujuk di sini dan di media sosial rasmi Digi.

Pelan 300MBps hanya RM100

Pelan jalur lebar tetap Digi Fibre (DF), boleh dilanggan dari serendah RM90/bulan dengan kelajuan 50Mbps. Pelan seterusnya adalah DF130 100Mbps RM130/bulan, DF150 300Mbps RM150/bulan, DF190 500Mbps RM190/bulan, DF270 800Mbps RM270/bulan dan paling laju pelan DF290 1Gbps RM290/bulan. Digi turut memberikan router WiFi 6 percuma kepada pelanggan, bersama kontrak selama 24-bulan.



Dalam kempen #JomFibre Digi, pelanggan Digi Postpaid 90 dan ke atas, boleh melanggan pelan jalur lebar tetap DF150 300mbps pada harga RM100 sahaja.

Untuk pelan jalur lebar tetap lain, pelanggan Digi Postpaid 60 boleh mendapat rebat RM20 seumur hidup jika melanggannya.

Pelanggan Digi Postpaid 90 dan ke atas pula, boleh menikmati rebat RM50 untuk pelan DF190 dan DF270 untuk masa terhad.

Jika berminat untuk melanggan pelan jalur lebar tetap Digi, boleh menyemak ketersediaan liputan di laman web Digi atau terus ke Digi Store terdekat. Maklumat lanjut mengenai kempen ini, boleh didapati dengan melayari laman web Digi #JomFibre.

Perkara ini kelihatan seperti serang balas kepada tawaran U Mobile, yang baru melancarkan pelan jalur lebar tetap mereka. U Mobile dilihat cuba merosakkan pasaran dengan menawarkan diskaun 50% selama 24 bulan dan percuma bulan pertama untuk pelan jalur lebar tetap mereka.

Tags: digiDigi Home Fibre
Najib

Najib

POPULAR

Pelan Digi Fibre 300Mbps hanya RM100 dan baucar Samsung percuma untuk waktu terhad

Pelan Digi Fibre 300Mbps hanya RM100 dan baucar Samsung percuma untuk waktu terhad

14 September 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER