• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Siri iPhone 13: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:41 am
  • 15/09/2021
  • Komen
Siri iPhone 13: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya peminat iPhone di Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan siri iPhone 13 yang baru diumumkan. Apple Malaysia telah mengemaskini laman produk iPhone, membariskan semua model iPhone 13 bersama harga dan tarikh penjualannya.

Terdapat empat model dalam keluarga iPhone 13 iaitu iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Tempahan awal siri iPhone 13 di Malaysia akan dibuka mulai 1 Oktober 2021 dan ia akan mula dijual pada 8 Oktober 2021.



Secara ringkas, Apple Malaysia mengekalkan harga siri iPhone 13 yang sama dengan siri iPhone 12 ketika dilancarkan tahun lepas. Tetapi terdapat dua perubahan yang perlu diambil maklum.

Bagi iPhone 13 dan iPhone 13 mini, storan terkecil kini adalah 128GB, bukan lagi 64GB. Ia diikuti storan 256GB dan 512GB, bermakna tawaran storan telah digandakan berbanding iPhone 12 dan iPhone 12 mini. Terdapat lima warna boleh dipilih iaitu merah, kuning, hitam, biru dan merah jambu.



Untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pula, storan yang sama seperti iPhone 12 Pro juga ditawarkan tetapi kini ditambah satu lagi pilihan storan, iaitu 1TB. Ada empat warna disediakan iaitu kelabu, emas, perak dan biru.

Berikut adalah senarai penuh harga siri iPhone 13 di Malaysia:

iPhone 13 Mini

128GB – RM3,399
256GB – RM3,899
512GB – RM4,799

iPhone 13

128GB – RM3,899
256GB – RM4,399
512GB – RM5,299

iPhone 13 Pro

128GB – RM4,899
256GB – RM5,399
512GB – RM6,299
1TB – RM7,199

iPhone 13 Pro Max

128GB – RM5,299
256GB – RM5,799
512GB – RM6,699
1TB – RM7,599

Tags: appleApple iphone 13Apple iPhone 13 miniApple iPhone 13 Proapple iphone 13 pro max
Najib

Najib

POPULAR

Siri iPhone 13: Maklumat penjualannya di Malaysia

Siri iPhone 13: Maklumat penjualannya di Malaysia

15 September 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN