• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Redmi Buds 3 Pro menyokong ANC & Transparency, kini dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:29 am
  • 17/09/2021
  • Komen
Redmi Buds 3 Pro menyokong ANC & Transparency, kini dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia kini menawarkan satu lagi produk audio baru, Redmi Buds 3 Pro. Fon telinga TWS yang menyokong pengecasan wayarles ini adalah berbeza dengan Redmi EarBuds 3 Pro yang baru dilancarkan di India.

Redmi Buds 3 Pro boleh mula dibeli di Malaysia sekarang pada harga RM239. Peminat di Malaysia boleh mendapatkannya di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Terdapat dua warna boleh dipilih, antara putih dan hitam.



Menurut Xiaomi, Redmi Buds 3 Pro ada fungsi penyaring hingar aktif (ANC) hibrid. Menggunakan tiga mikrofon terbina di setiap Buds, ia boleh menyaring bunyi bising sehingga 35dB. Tahap penyaring hingar juga boleh diubah, mengikut kesesuaian persekitaran pengguna.

Redmi Buds 3 Pro ada dua mod ‘transparency‘. Ia membolehkan pengguna mendengar bunyi persekitaran tanpa mencabut Buds dari telinga. Mod transparency pertama bertindak seperti biasa dan kedua, boleh meningkatkan suara manusia jadi mudah untuk berbual dengan rakan.



Pengguna Redmi Buds 3 Pro boleh menggunakannya sehingga 6 jam pada Buds sahaja dengan ANC dimatikan, atau sehingga 28 jam bersama bekas pengecas. Pengecasan pula disokong menerusi sambungan USB-C, atau secara wayarles yang menyokong teknologi Qi.

Menggunakan teknologi Bluetooth v5.2, Redmi Buds 3 Pro boleh bersambung ke dua peranti serentak. Tidak kira Android, iOS atau komputer Windows.

Redmi Buds 3 Pro memiliki permukaan peka sentuhan untuk kawalan. Ia boleh digunakan untuk menjawab panggilan, mengaktifkan mod transparency dan ANC atau mengawal muzik. Sensor padanya juga boleh mengesan jika pengguna mencabut Buds dari telinga, jadi ia akan memberhentikan muzik secara automatik.

Untuk pengguna kecergasan, Redmi Buds 3 Pro diiktiraf kalis percikan dan peluh IPX4.

Satu lagi ciri menarik adalah fungsi pencarian. Telefon pintar anda boleh digunakan untuk mengesan Redmi Buds 3 Pro dalam liputan Bluetooth, dengan memainkan bunyi yang sangat kuat. Tapi jaga-jaga, jangan pula diletakkan sebelah di dalam telinga.

Untuk maklumat lanjut, semak laman produk Redmi Buds 3 Pro.

[Sumber: Xiaomi]

Tags: xiaomiXiaomi Redmi Buds 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Redmi Buds 3 Pro menyokong ANC & Transparency, kini dijual di Malaysia

Redmi Buds 3 Pro menyokong ANC & Transparency, kini dijual di Malaysia

17 September 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN